EUR/USD Bakal Memadamkan Kemerosotan Tiga Minggu Berturut-turut

EUR/USD Bakal Memadamkan Kemerosotan Tiga Minggu Berturut-turut

Mood risk-on terus mempengaruhi pasaran global pada hari ini dan berjaya memberi sokongan tambahan kepada matawang tunggal euro sehingga berjaya mem

Preview Kadar Faedah BoC: Apakah Hala Tuju USD/CAD?
Dollar AS Stabil Menjelang FOMC Awal Pagi Esok

Mood risk-on terus mempengaruhi pasaran global pada hari ini dan berjaya memberi sokongan tambahan kepada matawang tunggal euro sehingga berjaya memecah halangan signifikan di paras 1.1300 berbanding dollar.

Permintaan aset-aset berisiko yang semakin pulih telah membantu EUR/USD mencatat peningkatan mingguan pertama selepas susut tiga minggu berturut-turut sehingga menguji zon support 1.1180.

Para pelabur dilihat telahpun menghadam mesej dovish yang disampaikan oleh ECB dan FOMC.

Selain itu, mood juga semakin pulih tanpa kehadiran tajuk-tajuk berkaitan perdagangan AS-China-EU dan Brexit.

Data pengeluaran industri Zon Eropah bagi bulan Februari yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan penurunan output yang lebih kecil daripada jangkaan, susut sekitar -0.2% (MoM).

Sentimen positif terhadap aset berisiko serta kemerosotan dollar terus menyokong pengukuhan euro, namun risiko euro untuk jatuh masih tinggi dengan fundamental terkini masih menyokong kelemahan outlook ekonomi ECB.

Oleh itu, pendirian dasar terkini Fed yang lebih neutral mungkin akan mengembalikan semula permintaan ke atas greenback, sekali gus menghadkan peningkatan EUR/USD.

Sehingga jam 9.30 malam, EUR/USD didagang sekitar 1.1320, naik 70 pips atau 0.61%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: