EUR Selamat, Trump Dijangka Menangguhkan Tarif Auto Selama Enam Bulan

EUR Selamat, Trump Dijangka Menangguhkan Tarif Auto Selama Enam Bulan

Pada hari Rabu yang lalu, data-data China yang lemah melebihi jangkaan telah menekan mood pasaran walaupun risk aversion memuncak pada sesi dagangan

USDCAD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Pada hari Rabu yang lalu, data-data China yang lemah melebihi jangkaan telah menekan mood pasaran walaupun risk aversion memuncak pada sesi dagangan Eropah.

Keadaan ini dapat dilihat menerusi kejatuhan hasil bon kerajaan ke paras terendah beberapa minggu yang lepas, didorong oleh spekulasi yang mengatakan bahawa China mungkin akan mula menjual bon AS.

Keadaan tersebut walau bagaimanapun berubah apabila Trump mengumumkan cadangan untuk menangguh penguatkuasaan tarif automotif selama enam bulan.

Sentimen yang pulih bukan sahaja menaikkan permintaan ekuiti dan saham, malah menekan pegangan safe haven seperti dollar, yen dan emas.

Kenyataan tersebut juga menyelamatkan euro daripada terbenam ke paras terendah bulanan berbanding dollar $1.1178 dan berpotensi menolak EUR/USD naik dan menguji semula paras tertinggi bulan Mei.

EUR/USD sehingga jam 4.30 petang didagang pada paras 1.1214, masih mempertahankan support penting di paras 1.12

Kenyataan rasmi tidak dikeluarkan oleh Trump sehingga hari Sabtu, namun begitu harapan untuk melihat beliau tidak mengambil tindakan ke atas China dan Eropah pada masa yang sama telah melegakan sebahagian besar pelabur.

Walaupun prospek pertumbuhan Eropah tidak memberansangkan, namun angka tersebut cukup untuk menghadkan pengunduruan euro menjelang keputusan tarif auto Trump pada hujung minggu ini.

Fokus pasaran kini beralih kepada laporan imbangan perdagangan EU dan dengan pemulihan di Jerman mengiysaratkan kekuatan di dalam benua Eropah secara keseluruhan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: