EUR: Pelan ‘Grand Coalition’ Merkel Hadapi Jalan Sukar

EUR: Pelan ‘Grand Coalition’ Merkel Hadapi Jalan Sukar

Matawang tunggal Euro kini lebih lemah berbanding dollar dengan EUR/USD susut 0.20% (25 pips) kepada 1.2235 setakat jam 4.10 petang  didorong oleh jan

Inflasi UK Perlahan Untuk Pertama Kali Dalam Tempoh 6 Bulan
Minggu Yang Suram Buat GBP

Matawang tunggal Euro kini lebih lemah berbanding dollar dengan EUR/USD susut 0.20% (25 pips) kepada 1.2235 setakat jam 4.10 petang  didorong oleh jangkaan ECB mungkin tidak akan mengulas dan mengubah pandangan dasar kewangan mereka dalam tempoh masa terdekat.

Selain itu, sentimen kelemahan matawang EUR turut dibayangi oleh ketidaktentuan pelan Angela Merkel untuk melaksanakan kerajaan campuran bersama Parti Sosial Demokrat (SPD) apabila mendapat tentangan daripada golongan muda parti SDP yang melihat gabungan ini akan menurunkan approval ratings mereka.

Dalam rundingan ‘grand coalition’ yang dijalankan selama 5 hari, ketua SPD Martin Schulz telah bersetuju dengan rangka yang dicadangkan oleh Merkel. Namun beliau bertemu jalan sukar apabila perlu mendapatkan sokongan undi daripada parti SDP sebelum rundingan rasmi dapat dijalankan pada hari Ahad.

Jika ‘grand coalition’ ini gagal dilaksanakan, Merkel perlu memilih sama ada untuk mengadakan pilihan raya yang baru, atau kekal dengan kerajaan minoriti.

Kedua-dua pilihan ini akan memberi impak negatif kepada Euro melainkan terdapat sebarang laporan yang boleh menyokong profit taking EUR/USD sebelum tamat sesi dagangan minggu ini.

Kelemahan EUR telah menyebabkan indeks Dolar yang mengukur kekuatan greenback pulih sementara, naik 0.29% kepada 90.48 setakat jam 4.00 petang selepas jatuh mendadak akibat pasaran menumpukan perhatian kepada jangkaan pengetatan dasar bank-bank pusat utama seluruh dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: