EUR Melonjak Mengatasi Dolar AS & Yen

EUR Melonjak Mengatasi Dolar AS & Yen

Matawang tunggal Eropah melonjak selepas laporan KDNK dan Pengangguran Eropah diterbitkan sebentar tadi. Data yang telah diterbitkan berjaya mengatas

Pilihan Raya Presiden Perancis: Apa Perlu Anda Tahu?
ECB Memegang Salah Satu Kunci Utama Kemerdekaan Catalonia

Matawang tunggal Eropah melonjak selepas laporan KDNK dan Pengangguran Eropah diterbitkan sebentar tadi. Data yang telah diterbitkan berjaya mengatasi jangkaan pasaran sekaligus memberikan lonjakan tambahan kepada EUR untuk meneruskan kecemerlangan pada minggu ini.

KDNK Eropah meningkat sebanyak 0.1% kepada 1.2% manakala peratusan menganggur pula turut berkurangan sebanyak 0.1% kepada 7.7%. Walaupun peratusan kedua-dua data ini menunjukkan tanda-tanda positif terhadap ekonomi dan pasaran pekerjaan Eropah namun ianya masih gagal keluar daripada zon terendah mereka pada ketika ini.

Kalendar ekonomi Eropah masih mempunyai satu lagi terbitan data berimpak tinggi pada jam 8 malam nanti iaitu Indeks Harmoni Harga Pengguna. Laporan data ini tidak kurang pentingnya untuk mengukur kestabilan harga pengguna di Eropah secara menyeluruh.

Sebarang terbitan data di bawah 1.4% akan menterbalikkan lonjakan EUR pada ketika ini, namun jika ia mampu untuk memberikan data yang lebih tinggi daripada jangkaan maka EUR tidak mempunyai sebab untuk tidak terus mendaki.

Dari sudut sentimen, EUR masih terdedah kepada risiko kejatuhan berikutan potensi pengenaan tarif oleh AS ke atas blok Kesatuan Eropah. Kelembapan ekonomi di Eropah mungkin sahaja menjadikan ECB terus mengambil pendekatan “dovish” buat pada masa ini. EU juga bakal menghadapi pilihanraya mereka pada lewat Mei tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: