Emas Terus Meningkat Disokong Oleh Dolar Amerika Syarikat Yang Tertekan.

Emas Terus Meningkat Disokong Oleh Dolar Amerika Syarikat Yang Tertekan.

  Khamis, harga emas meneruskan perningkatan pada awal dagangan hari ini apabila dolar Amerika Syarikat melemah akibat dari kebimbangan para p

4 Laporan Penting Buat EUR & USD: 28/06/2018
Data Jualan Runcit AS Kembalikan Kekuatan Fundamental Dollar Di Saat Akhir, Indeks USD Melonjak Hampir 100 Mata Asas Pada Minggu Lalu.

 

Khamis, harga emas meneruskan perningkatan pada awal dagangan hari ini apabila dolar Amerika Syarikat melemah akibat dari kebimbangan para pelabur terhadap perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin memuncak.

Pada jam 0100 ET ( 0500 GMT ) , niagaan hadapan emas Comex yang di dagangkan di New York Mercantile Exchange mencatatkan perningkatan sebanyak 0.17% untuk didagangkan pada harga $1210.40 per troy auns.

Sementara itu bagi indeks dolar Amerika Syarikat yang membandingkan dolar dengan enam ( 6 ) matawang utama dunia lain mencatatkan penurunan 0.01% untuk didagangkan pada 94.11

Dari satu laporan yang dikeluarkan, Amerika Syarikat dan China meletakkan tarif yang lebih rendah daripada dijangkan ke atas barang masing-masing.

Dolar Amerika Syarikat juga berada pada tekanan selepas satu laporan menyebut bahawa Amerika Syarikat dan Kanada tidak mungkin akan mencapai persetujuan mengenai NAFTA pada minggu ini.

Ketua perdagangan APAC , Stephen Innes berkata, dengan sentiment dagangan yang semakin berkurangan, seandainya harga emas ingin melepasi paras $1210 ia memerlukan dolar untuk melemah kepada matawang utama dunia yang lain termasuk Euro. Walaubagaimanapun, emas tidak menjadi pilihan utama pada perang dagangan kali ini.

Para pelabur dijangka akan menumpukan perhatian kepada mesyuarat Rizab Persekutuan yang dijangka pada minggu hadapan dimana para pelabur menjangkakan Bank Pusat Amerika Syarikat akan meningkatkan kadar serta akan membincangkan proses kenaikkan pada masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: