Emas Tenggelam Ke Paras Terendah 5 Bulan Lalu

Emas Tenggelam Ke Paras Terendah 5 Bulan Lalu

Harga emas terus menyusut selama tiga minggu berturut-turut berikutan optimis pelabur terhadap pasaran Amerika telah mengukuhkan kedudukan dolar. L

Theresa May? Pound? Apa kaitan?
Kadar Pengangguran Menurun, Namun AUD Melemah Berbanding USD, Apa Puncanya?

Harga emas terus menyusut selama tiga minggu berturut-turut berikutan optimis pelabur terhadap pasaran Amerika telah mengukuhkan kedudukan dolar.

Laporan tuntutan insurans pengangguran yang dikeluarkan sebentar tadi menguatkan lagi sentimen greenback apabila bacaan yang dikeluarkan lebih baik berbanding jangkaan.

Bilangan individu yang memohon insurans telah berkurang selama tiga minggu berturut-turut, susut 2K berbanding minggu lepas kepada 236K.

Selain itu harapan pembaharuan cukai bakal diluluskan sebelum sambutan Krismas 22 Disember tahun ini turut menjadi penyokong kepada sentimen ketika ini.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMEX susut 0.77% atau $9.90 kepada $1,256.20 per auns pada jam 10.45 malam.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.14% stabil di paras 93.66

Para pelabur dilihat mengenepikan potensi risiko tekanan geopolotik selepas Presiden Trump mengiktirafan Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan bersedia untuk menempatkan keduataan AS di sana.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: