Eksport Minyak Mentah Iran Merudum Sebelum Berhadapan Sekatan Dari Amerika Syarikat

Eksport Minyak Mentah Iran Merudum Sebelum Berhadapan Sekatan Dari Amerika Syarikat

Selasa, harga minyak mentah dunia terus meningkat apabila ekport dari Iran terus mencatatkan penurunan menurut laporan dari Reuters berdasarkan data d

Apa Dah Jadi Dengan EUR/USD?
Penafian Parti DUP Terhadap Dakwaan Bersetuju Untuk Berada Dibawah Kastam EU Tidak Menggugat Lonjakan GBP/USD

Selasa, harga minyak mentah dunia terus meningkat apabila ekport dari Iran terus mencatatkan penurunan menurut laporan dari Reuters berdasarkan data dari simpanan dan sumber industri.

Pada jam  0120 ET ( 0520 GMT ) niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) untuk penghantaran November yang didagangkan di New York Mercantile Exchange meningkat sebanyak 0.43% untuk didagangkan pada harga $74.61 setong. Sementara itu niagaan hadapan minyak mentah Brent yang didagangkan di Intercontinental Exchange London meningkat sebanyak 0.5% untuk didagangkan pada harga $84.31

Dari laporan yang dikeluarkan Iran dicatatkan mengesport 1.1 juta tong minyak mentah sehari pada minggu pertama bulan Oktober, laporan tersebut juga menyatakan bahawa pembeli minyak kini menimbang pilihan lain selain minyak mentah Iran untuk berhadapan dengan sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran yang jatuh pada 4 November yang akan datang.

Memetik sumber industri yang tidak dinamakan, artikel itu mengatakan penghantaran Oktober berada di bawah 1 juta tong sehari.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh J.P Morgan untuk pasaran minyak menyebut bahawa pengeluaran Iran merudum dengan pantas dan Arab Saudi bakal mengambil tempoh sebulan untuk menunaikan janji bagi mengimbangi kekurangan tesebut.

Semalam harga minyak mentah didagangkan rendah kerana pentadbiran Trump kelihatan bersedia untuk membiarkan Tehran mengesport minyak selepas berlaku sekatan pada 4 November nanti berbanding sasaran awal yang menyasarkan sifar eksport.

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: