Eksport China Semakin Merosot & Usul Pilihan Raya Baru UK Akan Diperdebatkan Pada Hari Ini

Eksport China Semakin Merosot & Usul Pilihan Raya Baru UK Akan Diperdebatkan Pada Hari Ini

Ekonomi China semakin terkesan dengan penetapan tarif AS apabila data terkini menunjukkan hasil eksport merosot -1% (YoY) pada bulan Ogos, meleset ja

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017
Perang Perdagangan China VS Amerika Telah Bermula?

Ekonomi China semakin terkesan dengan penetapan tarif AS apabila data terkini menunjukkan hasil eksport merosot -1% (YoY) pada bulan Ogos, meleset jauh daripada jangkaan yang melihat peningkatan 2%.

Hasil import juga menurun lebih rendah daripada ramalan ke paras 5.6% sementara lebihan perdagangan mereka menyusut daripada $45 billion kepada $34.8 billion pada bulan Julai.

Angka di atas dikeluarkan sehari selepas AS melaporkan pengecilan pada angka defisit dagangan mereka bersama China.

Selain itu, ekonomi Jerman juga mula menunjukkan isyarat-isyarat pemulihan apabila eksport naik 0.7%, menjangkau ramalan yang melihat penyusutan, sekali gus meningkatkan lebihan dagangan kepada € 20.2 billion

Mood risiko semakin pulih dengan laporan-laporan tersebut sehingga mengurangkan permintaan instrumen safe haven seperti dollar.

Pound turut mengambil peluang kelemahan dollar untuk meneruskan momentum menaik pada hari Isnin dengan GBP/USD mencatat lonjakan hampir 80 pips ke paras 1.2360

Peningkatan tersebut turut didokong oleh laporan yang menunjukkan sokongan ke atas PM Boris Johnson semakin melemah apabila PM Irish Leo Varadkar menolak gantian syarat ‘backstop’ yang diatur bagi melancarkan kelangsungan transaksi dagangan di sepanjang sempadan Irish selepas Brexit.

Tambahan pula, Amber Rudd, salah seorang menteri kanan UK pada hujung minggu lalu telah meletakkan jawatan di samping menyatakan bahawa beliau tidak melihat sebarang bukti bahawa Johnson ingin mendapatkan perjanjian dengan EU sebelum tarikh akhir Brexit pada 31 Oktober hadapan.

Satu rang undang-undang yang akan menggesa Johnson untuk menuntut lanjutan tarikh akhir Brexit telah diluluskan di dewan Senat dan sedang menantikan persetujuan diraja sebelum menjadi undang-undang rasmi pada hari ini.

Kini perdebatan usul untuk mengadakan pilihan raya lebih awal dijangka berlansung di dewan Rakyat dan usul tersebut adalah satu-satunya strategi yang dapat dilakukan oleh Johnson bagi menghalang UK daripada membuat sebarang tuntutan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: