Ekonomi China Melemah & Huawei Bakal Disekat Daripada Mendapatkan Tender Binaan Jaringan 5G Di AS

Ekonomi China Melemah & Huawei Bakal Disekat Daripada Mendapatkan Tender Binaan Jaringan 5G Di AS

Ekonomi China bergerak perlahan pada bulan April, malah sebelum Presinde Trump mengumumkan peningkatan dan penambahan tarif import mereka. Data ya

Greenback Mengukuh, Xi Jinping Sedia Membalas Serangan Trump
NFP & Powell, 2 Laporan Yang Ditunggu-tunggu Pada Minggu Ini

Ekonomi China bergerak perlahan pada bulan April, malah sebelum Presinde Trump mengumumkan peningkatan dan penambahan tarif import mereka.

Data yang diterbitkan pada hari ini menunjukkan pengeluran industri dan jualan runcit China pada bulan April jatuh mendadak berbanding bacaan yang dikeluarkan pada bulan Mac lalu.

Pasaran saham China walau bagaimanapun tetap meningkat selepas laporan tersebut dikeluarkan, didorong oleh harapan untuk melihat bank pusat China (PBoC) mengumumkan ransangan ke atas dasar mereka dalam masa yang terdekat.

Yuan telah pun mencapai paras terendah tahunan yang baru pada minggu ini, melemah melepasi ke paras 6.91 berbanding dollar pada pasaran offshore yang tidak dikawal sepenuhnya oleh PBoC.

Presiden Trump pula menambahkan lagi tekanan ke atas China apabila mempersiapkan larangan penyerahan tender kepada syarikat telekomunikasi Huawei untuk membina jaringan 5G mereka di Amerika Syarikat.

Laporan terbaru di atas telah mendorong pasaran saham AS untuk buka lebih rendah pada hari ini selepas pulih daripada kerugian terbesar mereka akibat perang perdagangan AS-China yang merunsingkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: