ECB Super Thursday : EUR, Mario Draghi Jadi Tumpuan!

ECB Super Thursday : EUR, Mario Draghi Jadi Tumpuan!

Mario Draghi, Cif ECB dijadualkan berucap pada sidang akhbar dan kenyataan polisi kewangan Eropah hari ini jam 8.30 malam. Sebelum itu, laporan data K

Ringkasan Sidang Media ECB 08/06/2017
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Mario Draghi, Cif ECB dijadualkan berucap pada sidang akhbar dan kenyataan polisi kewangan Eropah hari ini jam 8.30 malam. Sebelum itu, laporan data KDNK dan kadar faedah dan deposit Eropah akan mendahului hari penting EUR pada jam 5 petang dan 7.45 malam.

Tiada perubahan dijangkakan pada terbitan data makroekonomi Eropah dengan ECB bakal terus mengekalkan kadar faedah mereka pada paras terendah buat sekian kalinya! Sedikit perubahan pada laporan KDNK mampu untuk memulakan pergerakan awal EUR. Namun, hala tuju utama matawang blok Eropah ini masih tertumpu pada ucapan Mr. Draghi.

Pelan mengenai program Quantative Easing (QE) pastinya menjadi sorotan utama mesyuarat pada minggu ini. Pada masa ini, ECB membeli 60bilion Euro bon setiap bulan, menyuntik kecairan ke dalam sistem kewangan dalam usaha mereka untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mencapai sasaran inflasi bank pusat iaitu 2%.

Program ini bakal berakhir pada hujung September, apa seterusnya?

Kenaikan EUR memberi kesan negatif kepada inflasi zon Eropah. Apabila EUR melonjak, inflasi akan mula menyusut, walaupun ianya masih juga diperngaruhi oleh faktor luaran seperti harga minyak dan komoditi yang rendah dan kemelesetan global. “tapering” atau pengurangan pembelian aset hanya akan menambahkan tekanan negatif terhadap inflasi.

Matawang EUR pada ketika ini tidaklah berada di paras ‘overvalued’ dan kenaikkannya adalah sederhana. Pertumbuhan yang cepat akan berupaya mengimbangi impak kekuatan EUR terhadap inflasi. Namun, rata-rata menjangkakan ECB akan menunggu sehingga Oktober untuk membuat keputusan mengurangkan jumlah pembelian aset.

Matawang EUR mungkin akan berhadapan dengan volatiliti yang tersangat tinggi dari kedua-dua arah sehinggalah ucapan Draghi selesai dihadam sepenuhnya oleh pemain utama pasaran. Sentimen lebih bias ke arah ‘bearish’ untuk jangka masa pendek, namun dari sudut pandangan teknikal ianya masih lagi ‘bullish’.

Harga 1.2000 adalah ‘resistance’ yang harus ditembusi secara konsisten sekurang-kurangnya untuk berada di paras 1.2070 dan seterusnya menutup secara sempurna ‘runaway gap’ yang terjadi pada Jan 2015 sebelum mensasarkan 1.2200 bagi tempoh sederhana-panjang. Harga 1.1780 pula adalah ‘support’ yang harus dihadapi bagi mengatakan ianya adalah ‘technical bias’ untuk jualan EUR/USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: