ECB Preview:  3 Senario, 3 Reaksi EUR/USD

ECB Preview: 3 Senario, 3 Reaksi EUR/USD

Pasaran semakin hilang keyakinan ke atas kemampuan ECB untuk mengangkat inflasi kepada sasaran 2% mereka ditekan oleh ketidaktentuan outlook global.

Kekuatan Dollar Tenggelamkan AUD, Apakah Masih Ada Harapan Kepada Pembelian Aussie?
Mampukah Rintangan $1.245 USD/CAD Di Pertahankan?

Pasaran semakin hilang keyakinan ke atas kemampuan ECB untuk mengangkat inflasi kepada sasaran 2% mereka ditekan oleh ketidaktentuan outlook global.

Faktor di atas menjadi salah satu isu utama yang akan dibahaskan pada mesyuarat kali ini.

Sebelum Mario Draghi menamatkan khidmatnya sebagai presiden ECB pada bulan November hadapan, beliau telah memberikan isyarat tentang ransangan monetari di Portugal pada bulan Jun yang lalu selepas inflasi EU jatuh kepada 1.3%.

Prospek inflasi yang lebih lemah juga meningkatkan potensi pertumbuhan GDP yang lebih perlahan terutamanya selepas kadar hanya naik 0.4% (QoQ) pada suku tahun pertama yang lalu

Kemerosotan aktiviti pembuatan di Jerman berdasarkan tinjauan IHS Markit, dengan bacaan PMI mengucup enam bulan berturut-turut, menambahkan keresahan pelabur terhadap kemelesetan yang sedang berlaku.

Daya tarik matawang tunggal EU juga semakin pudar dengan prospek pemotongan kadar faedah dan potensi pengenalan semula program pembelian bon (QE) seawal bulan September hadapan.

Berdasarkan beberapa pandangan penganalsis terhadap keputusan Draghi dan reaksi EUR/USD, terdapat 3 senario dapat disimpulkan:

1) Kadar Faedah kekal, EUR/USD menaik

Tiada perubahan pada outlook dan draghi akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan ulasan beliau.

Walaupun nada masih dovish, EUR/USD masih berpotensi untuk naik kerana price-in pasaran yang signifikan kepada jangkaan rate cut di masa hadapan.

2) Mengumumkan model pemotongan berkecuali, EUR/USD menaik

Bank dilihat perlu bertindak cepat berikutan PMI yang lemah dan sebelum Fed mengumumkan rate cut minggu hadapan.

Namun untuk menenangkan ahli ECB yang lain, bank pusat perlu memberikan satu model yang mengecualikan sebahagian bank yang lain.

Dalam senario ini, volatiliti EUR/USD dijangka meningkat dan berpotensi menolak naik harga ke paras yang lebih tinggi dalam tempoh yang serdehana.

3) Dikejutkan dengan rate cut dan lebih banyak pemotongan di masa hadapan, EUR/USD jatuh

Berdasarkan data-data terkini dan mesej ECB menunjukkan keperluan untuk bertindak segara sebelum unjuran yang baru dikeluarkan.

Draghi berkemungkinan mengumumkan pemotongan kadar faedah pada hari ini dan menyatakan kesediaan untuk terus menurunkannya secara beransur-ansur.

Tiada reaksi yang mendadak dijangka berlaku, namun EUR/USD tetap berpotensi turun menguji kembali paras terendah tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: