Dua Laporan Mempengaruhi Aliran Keluar Dan Masuk USD Pada Minggu Ini

Dua Laporan Mempengaruhi Aliran Keluar Dan Masuk USD Pada Minggu Ini

Kathy Lien, pengarah urusan strategi FX bagi BK Asset Management dalam artikelnya yang terkini menyebut beberapa laporan utama yang berpotensi memic

Dua Isu Utama Fokus Pasaran Pada Minggu Ini
Preview News Penting Buat EUR & USD: 28/02/2019

Kathy Lien, pengarah urusan strategi FX bagi BK Asset Management dalam artikelnya yang terkini menyebut beberapa laporan utama yang berpotensi memicu pergerakan yang besar ke atas dollar pada minggu ini seperti rundingan perdagangan dengan China dan minit FOMC.

Pendorong paling utama adalah perkembangan terhadap isu rundingan perdagangan bersama China dimana pada awalnya pasaran skeptikal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden China apabila menyebut bahawa mereka tidak akan mengubah dasar industri dan subsidi negara.

Namun kebimbangan pasaran kembali pudar selepas Kementerian Perdagangan China berkata mereka bersedia untuk mendapatkan perjanjian terhadap sebahagian syarat seperti pembelian produk-produk pertanian Amerika Syarikat.

Kedua-dua negara juga akan membentangkan garis masa yang lebih jelas pada tahun hadapan bagi perbincangan syarat-syarat perjanjian seterusnya yang lebih menyeluruh dengan mengecualikan perubahan pada undang-undang harta intelek dan subsidi kerajaan.

Persoalan utama apakah AS bersedia untuk mengikat perjanjian dan pada masa yang sama akan mengurangkan tarif mereka secara beransur-ansur?.

Pihak pentadbiran Trump masih belum menjawab apakah akan menerima tawaran China atau sebaliknya, namun keyakinan bahawa kemenangan tetap akan berpihak kepada AS telah mengalihkan perhatian pelabur terhadap inquiry impeachment dan meningkatkan pasaran saham.

Walau bagaimanapun, jika AS enggan mengurangkan tarif dan menggenakan syarat-syarat yang lebih besar ke atas China, dollar berpotensi menutup seluruh peningkatan yang diperoleh dan tajuk berkaitan isu perdagangan akan terus mempengaruhi aliran keluar dan masuk dollar.

Butiran minit FOMC pula menjadi perhatian selepas undian pada pertemuan yang lalu menunjukkan padangan yang kurang dovish dikalangan pembuat dasar selepas dua ahli FOMC menolak keputusan menurunkan kadar faedah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: