Dua Isu Utama Fokus Pasaran Pada Minggu Ini

Dua Isu Utama Fokus Pasaran Pada Minggu Ini

Menerusi barisan data makro yang penting pada minggu ini, para pelabur akan memperoleh lebih banyak maklumat mengenai tahap kesihatan ekonomi global

Permintaan Yen Melonjak, Trump Semarakkan Api Perang Perdagangan, Jadikan Mexico Sebagai Mangsa Baru
Pertempuran Antara Tentera Kurdish Dan Iraq Di Kirkuk Mempengaruhi Harga Minyak

Menerusi barisan data makro yang penting pada minggu ini, para pelabur akan memperoleh lebih banyak maklumat mengenai tahap kesihatan ekonomi global untuk melihat sejauh mana bank pusat akan terus berpegang kepada pendekatan dasar yang longgar.

Selain daripada laporan GDP Zon Eropah, inflasi AS serta jualan runcit AS dan UK, pergerakan matawang Yuan kekal menjadi isu pertama yang akan diperhatikan berikutan kurangnya keyakinan pasaran terhadap perkembangan rundingan perdagangan AS-China.

Para pelabur kini sedang menilai apakah penyusutan melebihi 7 yuan per dollar merupakan strategi Beijing untuk melemahkan matawang mereka bagi membalas ancaman tarif AS.

Tambahan pula, dengan jatuhnya hasil import dan eksport China berdasarkan laporan minggu yang lalu, penurunan nilai matawang dilihat lebih diperlukan oleh China bagi menyokong ekonomi mereka.

Walau bagaimanapun, campur tangan di atas dibimbangi akan memicu perang matawang sehingga memaksa bank-bank pusat untuk terus memotong kadar faedah bagi meransang ekonomi, sekali gus akan kembali menghumban saham dan hasil bon disamping meningkatkan pemindahan pelaburan ke dalam safe haven dollar, emas dan yen.

Isu kedua adalah perkembangan ekonomi di UK selepas pasaran dikejutkan oleh data GDP Q2 yang lemah, mengucup buat kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun.

Laporan pekerjaan, inflasi serta jualan runcit UK yang dikeluarkan pada minggu akan membantu MPC (ahli pembuat dasar) BoE membuat keputusan sama ada ekonomi memerlukan dasar yang lebih longgar atau perlu diketatkan.

Ekonomi UK yang diambang kemelesetan dan ditambah dengan ketidaktentuan Brexit, pound terus mencatat prestasi terburuk, merosot ke paras terendah tahunan yang baru berbanding matawang yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: