Dovish BoC Menghumban Loonie, Padamkan ‘Gap’ USD/CAD

Dovish BoC Menghumban Loonie, Padamkan ‘Gap’ USD/CAD

Loonie dilepaskan secara besar-besaran pada hari Rabu selepas Bank Pusat Kanada mengeluarkan kenyataan dovish di dalam mesyuarat dasar terakhir tahun

China Mohon Kebenaran WTO Untuk Kenakan Sekatan Ke Atas Amerika
USDJPY Melambung Selepas Keputusan BoJ

Loonie dilepaskan secara besar-besaran pada hari Rabu selepas Bank Pusat Kanada mengeluarkan kenyataan dovish di dalam mesyuarat dasar terakhir tahun 2018.

BoC mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% disamping memberi amaran harga minyak yang rendah daripada kawasan barat Kanada di Alberta akan memberi impak kepada outlook peningkatan dasar di masa hadapan.

Kedudukan harga mainyak Kanada kini berada di paras yang akan membuatkan perniagaan tidak mendapat pulangan keuntungan.

Oleh itu, selain daripada rate hike, harga minyak semasa turut dijangka memberi kesan yang buruk kepada unjuran ekonomi dan inflasi Kanada.

Pada hari Selasa yang lalu,syarikat pengeluar oil sands, Canadian Natural Resources telah melaporkan pemotongan sebanyak $1 billion daripada bajet tahun 2019, menetapkan pengurangan sebanyak -$1 billion daripada julat normalisasi mereka.

Syarikat tersebut juga berkata bahawa mereka akan menaikkan perbelanjaan sekiranya harga minyak Western Kanada kembali meningkat.

Ketua negeri Saskatchewan dan Alberta akan bertemu PM Kanada Justin Trudeau pada mesyuarat menteri minggu ini bagi membincangkan krisis yang sedang dihadapi oleh industri tenaga.

Mereka menjelaskan bahawa Kanada telah kerugian $80 juta sehari akibat daripada harga dunia bagi minyak dan gas Alberta.

Lonjakan melebihi 100 pips USD/CAD berjaya menutup sepenuhnya gap pada minggu ini yang terbentuk selepas persidangan G20 yang lalu.

USD/CAD kini didagang sekitar 1.3376, naik 0.84% atau 112 pips setakat jam 12.15 tengah malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: