Dollar AS Stabil Menjelang FOMC Awal Pagi Esok

Dollar AS Stabil Menjelang FOMC Awal Pagi Esok

Tekanan jualan USD kembali reda buat sementara waktu menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi esok sekitar jam 2.oo dan kembali stabil berbanding beber

USD Indeks Mengukuh Sedikit Sementara Menanti FOMC
Apa Dalam Minit Mesyuarat FOMC?

Tekanan jualan USD kembali reda buat sementara waktu menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi esok sekitar jam 2.oo dan kembali stabil berbanding beberapa matawang utama dunia sehingga pembukaan sesi dagangan Eropah.

Sementara hampir kesemua jangkaan mengatakan tiada kenaikan kadar faedah kali ini, namun yang menjadi tumpuan adalah kearah sebarang bayangan untuk kenaikan kadar faedah dan normalisasi penyata imbangan pada September nanti.

Data inflasi yang agak tidak baik, seakan memberitahu kemungkinan berlakunya perbincangan dan kenyataan  yang  agak dovish. Pasaran juga begitu optimis bahawa FOMC kali ini akan sekurang-kurangnya menyatakan bila normalisasi penyata imbangan akan dilakukan. Tanpa petunjuk yang jelas tentang kedua-dua ini, USD mungkin bakal ditekan semula.

Data jualan rumah turut akan diterbitkan pada malam nanti sebelum giliran FMOC mengambil tempat. Terbitan data ini dijangka tidak akan banyak menggerakkan harga pasaran apabila fokus utama lebih tertumpu pada FOMC 4 jam selepas itu.

Pergolakan politik Rumah Putih pada ketika ini, antara sentimen utama yang melemahkan USD.  Kadar pengangguran yang sedikit meningkat pada bulan lepas dan ucapan Yellen yang membunuh tona nada hawkish Feds minggu lepas hanya menambah derita USD untuk bangkit semula. Buat pada masa ini tiada sentimen yang positif boleh dijadikan sebagai pendorong untuk USD.

Sukar untuk menjangkakan apa yang bakal berlaku pada awal pagi nanti, namun secara peribadi bias saya adalah untuk memilih long pada USD di dalam ‘correction mode’

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: