Dollar Stabil Di Paras Terendah, Menantikan Keputusan Rundingan Untuk Mengatur Langkah Seterusnya

Dollar Stabil Di Paras Terendah, Menantikan Keputusan Rundingan Untuk Mengatur Langkah Seterusnya

Dollar stabil pada kedudukan terendah pada hari Jumaat berikutan tindakan pelabur 'sell the fact' terhadap isu penambahan tarif ke atas barangan Chin

Preview News Penting Bagi USD: 12/04/2018
Pengurangan Dagangan Amerika, Dollar AS Merundum

Dollar stabil pada kedudukan terendah pada hari Jumaat berikutan tindakan pelabur ‘sell the fact’ terhadap isu penambahan tarif ke atas barangan China kini akan berhadapan dengan keputusan rundingan yang tetap berlangsung seperti biasa.

Rundingan perdagangan peringkat tertinggi di Washington telah memasuki hari kedua dan dilaporkan akan berjalan seperti yang telah dijadualkan.

Tarif ke atas barangan import yang bernilai $200 billion telah dinaikkan daripada 10% kepada 25% pada jam 12 tengahhari (waktu Malaysia).

Presiden Trump ketika mengumumkan perkara ini turut mengarahkan pihak pentadbirannya untuk mempersiapkan tarif ke atas senarai barangan yang baru bernilai $325 billion.

Beijing pada hari Khamis lepas tanpa mengulas lebih lanjut telah mengumumkan akan memberi serangan balas terhadap penguatkuasaan tarif tersebut.

Ahli ekonomi melihat penambahan tarif yang diaktifkan pada hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan pasaran kini sedang meneliti bagaimana kedua-dua negara akan menyelesaikan konflik antara mereka dengan berlatar belakangkan tekanan tersebut.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain sehingga jam 4.50 petang didagang sekitar 97.38 mata, menghampiri paras terendah mingguan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: