Dollar Pertahankan Momentum Bullish Walaupun Dengan Data Yang Bercampur

Dollar Pertahankan Momentum Bullish Walaupun Dengan Data Yang Bercampur

Dollar semakin kukuh berbanding matawang lain pada minggu lalu dalam keadaan Brexit semakin rumit dan data-data makro AS yang bercampur. Ekonomi A

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 03/09/2019
Yen Melemah BOJ Kekalkan Polisi

Dollar semakin kukuh berbanding matawang lain pada minggu lalu dalam keadaan Brexit semakin rumit dan data-data makro AS yang bercampur.

Ekonomi AS telah menambahkan 196,000 pekerjaan pada bulan Mac yang lalu, kembali kepada angka yang normal manakala kadar pertumbuhan pendapatan juga kembali ke paras sebelumnya, 3.2% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Data-data yang lain pula bercampur seperti PMI ISM yang mana bergerak kedua-dua arah sementara jualan runcit bulan Februari yang lebih rendah daripada jangkaan tetap mencatat peningkatan pada angka bulan Januari yang dikaji semula.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain secara keseluruhannya masih mengekalkan momentum bullish sepanjang minggu lepas, naik 0.11% kepada 97.37 mata.

Peningkatan dollar turut didorong oleh data-data yang menambahkan isyarat kelemahan di Eropah.

Selain itu, menjelang tarikh penangguhan pada 12 April (Jumaat), Brexit masih lagi jauh daripada sebarang penyelesaian.

Rundingan PM May bersama ketua pembangkang tidak membuahkan hasil dan parlimen pula menolak kesemua alternatif Brexit yang dibentangkan.

Pada minggu ini antara laporan kritikal yang menjadi tumpuan utama adalah tiga barisan data yang akan diterbitkan pada hari Rabu iaitu keputusan dasar kewangan ECB, minit mesyuarat FOMC dan Persidangan EU tentang Brexit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: