Dollar Mulakan Dagangan Minggu Ini Dalam Keadaan ‘Defensive’.

Dollar Mulakan Dagangan Minggu Ini Dalam Keadaan ‘Defensive’.

Dollar dalam keadaan bertahan berbanding safe haven Yen pada hari ini berikutan konflik perdagangan AS-China dijangka akan terus berlanjutan tanpa se

EUR/USD Bertahan Di Paras Terendah Jumaat Yang Lalu, Didagang Mendatar Dalam Julat ‘Intraday’
Perkembangan Terkini USD/CAD: 26/12/2017

Dollar dalam keadaan bertahan berbanding safe haven Yen pada hari ini berikutan konflik perdagangan AS-China dijangka akan terus berlanjutan tanpa sebarang penyelesaian.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 97.52 setakat jam 10.05 pagi.

Volume dagangan pada hari dijangka rendah dengan penutupan pasaran Jepun dan Singapura.

Trump pada hari Jumaat lalu mengatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk menandatangani sebarang perjanjian dengan China dan kenyataan ini menimbulkan tanda tanya apakah sesi rundingan bulan hadapan akan membuahkan hasil yang positif.
.
Goldman Sach pada hujung minggu lalu telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi AS dan memberi amaran bahawa risiko kemelesetan semakin meningkat sementara perjanjian perdagangan dilihat tidak akan termeterai sebelum pilihan raya presiden 2020

Fokus kini tertumpu kepada angka jualan runcit dan output pengeluaran industri China yang akan diterbitkan pada hari Rabu bagi menilai sejauh mana impak tarif ke atas aktiviti domestik.

Beijing dilihat telah membiarkan matawang Yuan menyusut sejak beberapa minggu yang lalu bagi mengurangkan beban tarif, sekali gus menekan matawang pasaran negara membangun yang lain di Asia dan meningkatkan permintaan Yen.

Dollar telah melonjak lebih 7.1034 berbanding yuan offshore dan para pelabur sedang menantikan bagaimana bank pusat China (PBoC) akan menunaikan janjinya

Namun berbanding yen, dollar telah jatuh ke paras terendah 7 bulan yang lalu sekitar 105.25, dan bertahan berhampiran di zon tersebut, didagang pada paras 105.50 di awal pembukaan pasaran minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: