Dollar Menjunam, Kelemahan CPI Tingkatkan Potensi Rate Cut Sementara Pound Meroket Dengan Harapan Terbaru Brexit

Dollar Menjunam, Kelemahan CPI Tingkatkan Potensi Rate Cut Sementara Pound Meroket Dengan Harapan Terbaru Brexit

Dollar AS pada hari Khamis yang lalu jatuh menjunam berikutan tekanan harga pengguna (CPI) pada bulan September meningkat lebih rendah daripada jangk

Tarikh ‘Deadline’ Tarif AS Pada 1 Mac Akan Ditangguhkan?
Aussie Pulih Sedikit Selepas Data KNDK China

Dollar AS pada hari Khamis yang lalu jatuh menjunam berikutan tekanan harga pengguna (CPI) pada bulan September meningkat lebih rendah daripada jangkaan, meningkatkan potensi rate cut sebelum berakhir tahun 2019.

Penjualan kereta terpakai antara komponen terbesar yang jatuh pada tahun ini sehingga mengakibatkan indeks CPI Teras naik 0.1% pada bulan yang lalu, dan secara keseluruhan bacaan CPI dalam tahun ke tahun kekal di paras 1.7%

Tambahan pula, dollar semakin mundur dengan perkembangan positif daripada rundingan perdagangan hari pertama peringkat tertinggi AS-China yang berlansung di Washington bermula hari Khamis.

Sementara jumlah tuntutan insurans pengangguran yang rendah pula mengisyaratkan kedudukan pasaran pekerjaan yang kukuh, dimana mungkin dapat dijadikan salah satu hujah untuk menolak diteruskan penurunan kadar faedah pada tahun ini.

Sehingga jam 12.45 tengahhari, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain jatuh 0.45%, daripada 98.98 kepada 98.67 mata.

Selain itu, harapan terbaru Brexit juga menjadi faktor menarik permintaan matawang GBP pada hari Khamis.

Selepas berlansungnya perbincangan antara PM UK Boris Johnson dan PM Irish Leo Veradkar, Vardkar berkata beliau yakin dan percaya bahawa UK menginginkan perjanjian Brexit yang mana sangat berpotensi dilaksanakan bermula 31 Oktober.

Perubahan yang ketara ke atas outlook Brexit menjelang akhir bulan ini telah mengakibatkan lonjakan mendadak pound melebihi 200 pips berbanding dollar ke paras 1.2456, bakal menutup harga didagang diparas tertinggi mingguan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: