Dollar Kehilangan Momentum, Waktu Untuk ‘Sell’ USD?

Dollar Kehilangan Momentum, Waktu Untuk ‘Sell’ USD?

Dollar kehilangan momentum pada hari Isnin walaupun sentimen kembali pulih dengan laporan terkini NFP yang mengumumkan penambahan 313 ribu pekerjaan,

Referendum Perlembagaan Itali: Kesan Kepada Blok Ekonomi Eropah
Pengeluaran Arab Saudi Jatuh, Jumlah Pelantar Aktif AS Jatuh, Harga Minyak Mentah Meningkat.

Dollar kehilangan momentum pada hari Isnin walaupun sentimen kembali pulih dengan laporan terkini NFP yang mengumumkan penambahan 313 ribu pekerjaan, jumlah paling tinggi sejak satu tahun setengah yang lalu.

Namun begitu, dengan keadaan kadar pendaptan per jam yang meningkat lebih perlahan pada paras 0.1% serta kadar pegangguran yang masih kekal berada di paras terendah 17 tahun lalu, hal ini menunjukkan terdapat kelemahan dalam ekonomi yang perlu diperbaiki.

Selain memberi pandangan kepada perkembangan ekonomi, Fed juga perlu menjelaskan mengapa kadar inflasi dan pendapatan masih jauh daripada sasaran bank pusat dalam penetapan dasar bulan ini.

Pasaran tidak menunjukkan reaksi yang besar berikutan laporan pekerjaan yang bercampur pada hari Jumaat yang lalu. Ahli FOMC kini dilihat akan lebih bergantung kepada data-data inflasi baru yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Perkara ini penting bagi mendapatkan bukti apakah pertumbuhan inflasi akan terus kekal di paras yang sama atau sebaliknya. Data-data ini juga akan membantu mereka untuk mengubah pandangan terhadap jumlah rate hike yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Indeks USDyang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini susut 0.13% kepada 89.99 pada jam 11.40 malam.

Fokus pelabur minggu adalah terhadap bacaan indeks harga pengguna (CPI) dan juga data jualan runcit AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini. Data-data ini dilihat akan membantu pelabur untuk meletakkan jangkaan terhadap unjuran ekonomi AS di masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: