Dollar Bangkit Dengan Harapan Data Pekerjaan AS Yang Lebih Baik?

Dollar Bangkit Dengan Harapan Data Pekerjaan AS Yang Lebih Baik?

Laporan NFP bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam dijangka menunjukkan penambahan sekitar 160,000 pekerjaan lebih rendah berbanding bu

Laporan Positif Tentang Brexit, GBP/USD Naik Lebih 100 Pips
Dollar Tertekan & Hasil Bon Melonjak Tinggi Menjelang Keputusan Dasar FOMC

Laporan NFP bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam dijangka menunjukkan penambahan sekitar 160,000 pekerjaan lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Namun begitu, sebahagian ahli ekonomi optimis untuk melihat angka yang lebih baik, menghampiri 200,000 berikutan data ADP melaporkan penambahan pekerjaan yang lebih besar pada sektor swasta dalam tempoh empat bulan.

Selain itu, tuntutan insurans pengangguran juga kekal rendah dan laporan Challenger Job Cut menunjukkan pemberhentian pekerjaan semakin mengecil, sekali gus mengisyaratkan peningkatan pada angka NFP bulan Ogos.

Walau bagaimanapun, pandangan tersebut berbeza dengan kesimpulan yang dibawa oleh Kathy Lien, penganalisis daripada BK Asset Management.

Beliau menggariskan beberapa faktor yang akan membawa kepada laporan pekerjaan yang negatif. Pertama adalah komponen pekerjaan yang lemah berdasarkan laporan PMI ISM perkhidmatan (non-manufacturing) yang terkini.

Indeks meningkat pada bulan Ogos, menunjukkan perkembangan yang stabil pada aktiviti sektor perkhidmatan, namun komponen pekerjaan telah jatuh ke paras terendah lebih 2 tahun yang lalu.

Kelemahan indeks ini akan memberi bebanan yang besar kepada laporan pekerjaan AS berikutan bacaan tersebut kebiasannya bergerak selari dengan NFP

Kedua, sektor pembuatan turut melaporkan kelemahan pada indeks pekerjaan mereka dimana purata pengangguran empat minggu meningkat dan keyakinan semakin merosot.

Walaupun Challenger menunjukkan bilangan pemberhentian pekerjaan yang lebih rendah, namun kebanyakkan syarikat masih mengecilkan jumlah kakitangan mereka.

Tambahan pula, kebimbangan terhadap kelembapan global dan risiko kemelesetan di AS menjadi antara alasan yang akan menghalang syarikat-syarikat di Amerika Syarikat untuk terus mengambil pekerja-pekerja baru.

Data pendapatan dan pengangguran turut menjadi perhatian bagi membentuk pergerakan greenback yang lebih jelas.

Lien berkata, sekiranya data NFP menunjukkan penambahan pekerjaan kurang daripada 150,000 USD/JPY berpotensi jatuh ke paras 106 berikutan para pelabur akan mula mengambil posisi untuk rate cut Fed pada bulan ini.

Sebaliknya, jika NFP melonjak sekitar 180,000 pekerjaan atau lebih, UYSD/JPY berpotensi mara ke paras 107.50.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: