Dollar Akan Bullish Dengan Rate Hike Fed Minggu Ini?

Dollar Akan Bullish Dengan Rate Hike Fed Minggu Ini?

Pasaran masih yakin bahawa Federal Reserve akan menyimpulkan mesyuarat FOMC mereka pada minggu ini (21 Mac) dengan meningkatkan sasaran kadar faedah m

Bullish USD Akan Terus Kuasai Pasaran Minggu Ini
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Melancarkan Siasatan Terhadap Bitcoin.

Pasaran masih yakin bahawa Federal Reserve akan menyimpulkan mesyuarat FOMC mereka pada minggu ini (21 Mac) dengan meningkatkan sasaran kadar faedah menerusi unjuran yang baru dan sidang media.

Walau bagaimanapun, beberapa data yang mengecewakan pada minggu lalu terutamanya kadar purata pendapatan perjam, jualan runcit dan CPI Teras yang masih berada di paras 1.8% untuk 3 bulan berturut-turut menyukarkan laluan Fed untuk meningkatkan projection mereka.

Perkara ini juga telah menyebabkan sebahagian pelabur melihat Fed dijangka tidak akan menukar sasaran kepada empat kali rate hike walaupun sebahagian ahli doves menaikkan jangkaan mereka daripada dua kepada tiga kali rate hike tahun ini.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback meneruskan peningkatan kecil untuk empat minggu berturut-turut dan kini berada di paras 89.85. Namun kekal di bawah paras penutupan bulan lalu dan tidak berjaya memadamkan kejatuhan besar yang dihadapi pada awal tahun 2018.

Fokus utama menjelang penetapan dasar Fed pada minggu ini adalah pertemuan dua hari negara G20 di Argentina yang bermula pada hari ini serta perkembangan semasa perang perdagangan yang dimulakan oleh Trump melalui penetapan tarif barangan import keluli dan aluminium.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: