Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Yen mengukuh minggu lalu berbanding Dolar AS. USDJPY menyusut melebihi 200pips dengan CS W1 telah Engulf CS dua minggu lalu. OHLC W1 tercatat sebagai

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 05-09 Disember
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Yen mengukuh minggu lalu berbanding Dolar AS. USDJPY menyusut melebihi 200pips dengan CS W1 telah Engulf CS dua minggu lalu. OHLC W1 tercatat sebagai 114.760, 115.187, 112.556, 112.701. Selera belian Yen ini telah dirangsang kurang minat belian terhadap Greenback sepanjang minggu lalu.

 

Pengukuhan Yen berbanding Dolar AS secara konsisten berlaku bermula Isnin hinggalah 6 jam terakhir waktu dagangan Amerika Utara. Terjunan USDJPY paling ketara adalah pada hari Rabu bila mana FOMC menaikkan kadar asas faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00%. Aksi BOJ pada hari Khamis telah menambah parah penyusutan USDJPY. BOJ tidak merubah apa-apa dasar setakat ini dan masih berada dalam fasa QE.

 

Daripada AS minggu hadapan, cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu Unemployment Claims dan Core Durable Goods Orders m/m. Selain Fed Chair Yellen yang akan berucap Khamis jam 8.30 malam waktu Malaysia minggu hadapan, 5 orang ahli FOMC juga akan berucap pada hari Selasa dan Jumaat. Yellen akan membuat ucapan aluan pembukaan Persidangan Federal Reserve System Cummunity Development Research di Washington. Juga tidak dilupakan Presiden AS, Donald Trump dijadualkan berucap hari Selasa malam di Luisville. Ucapan Trump sering kali memberikan impak besar kepada pasaran kerana personaliti Trump yang sukar diduga. Sebarang sentimen Hawkish daripada ucapan demi ucapan minggu hadapan akan membuatkan USDJPY membuat pembetulan pasaran ke atas.

 

Dari Jepun pula, tiada langsung data berkala ekonomi berimpak tinggi akan diterbitkan minggu hadapan. Cuma terdapat 4 data berkala ekonomi berimpak rendah yang dijangkakan tidak dapat banyak berubah momentum belian Yen. Bank Jepun akan bercuti pada hari Isnin bersempena Vernal Equinox Day.

 

Melihat aspek teknikal, harga terakhir minggu lalu USDJPY telah berada di atas RBS 112.560 dengan paras Support seterusnya terletak di 12.070, dan 111.585. Harga penutup minggu lalu sudah berada di bawah Mid BB yang membayangkan penjual yang dominan berbanding pembeli di D1. Harga Resistant secara teknikal SNR terletak di 113.165, 113.740, 114.420, dan 114.740. Harga penutup pasaran minggu lalu juga telah jatuh di bawah 23.6% Fibonachi Retracement. Dengan indikator Stoch (5,3,3) berada di paras terlebih jualan di D1, ada kemungkinan besar USDPY melakukan pembetulan pasaran ke atas terlebih dahulu sebelum menguji semula harga Support.

 

“Usah ditanya di mana rakan sewaktu ditimpa musibah, tanyalah di mana kita sewaktu rakan ditimpa musibah”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: