Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Yen ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan perbezaan harga terendah dah tertinggi mingguan melangkaui 250pips. OH

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 03/04-07/04/2017

Ulasan Minggu Lalu

Yen ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan perbezaan harga terendah dah tertinggi mingguan melangkaui 250pips. OHLC W1 tercatat sebagai 109.505, 109.929, 107.311, 107.832. Bermula dengan Gap di bawah harga penutupan 2 minggu sebelumnya, percubaan menutup Gap itu tidak berjaya dan USDJPY terus menyusut hinggalah beberapa jam sebelum penutupan pasaran Amerika Utara Jumaat lepas. Antara faktor penyusutan utama USDJPY adalah pasaran sedang berada dalam mode RIsk-Off akibat ketidaktentuan geopolitik semasa.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 11/09-15/09/2017

Tumpuan minggu hadapan daripada Tokyo hanya tertumpu kepada 7 data ekonomi berimpak kecil daripada Tokyo. Namun dengan pasaran sedang berada dalam mood RIsk-Off­ ini, USDJPY lebih cenderung untuk bergerak ke harga lebih rendah lagi.

 

Banyak data yang melambangkan perkembangan inflasi semasa AS akan diterbitkan minggu depan. Jika data-data inflasi ini berjaya membawa sentimen positif, sentimen jualan Dolar AS semasa dapat diredakan sedikit dan USDJPY berpeluang melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan adalah PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Unemployment Claims, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Hampir keseluruhan data berkala berimpak tinggi berkisar tentang inflasi secara amnya bagi minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Jika Korea Utara masih berdegil dan melancarkan 1 lagi roket ke arah Jepun atau negara lain, USDJPY akan susut semula kerana pelabur akan mula melakukan belian aset Safe-Heaven dalam suasana panik.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 11/09-15/09/2017

USDJPY telah membuat New Low 2017 dengan melakukan Breakout pada paras harga 108.250 dan ini membuatkan USDJPY lebih cenderung untuk membuat lagi New Low terbaru minggu hadapan. Jika USDJPY terus bergerak ke harga lebih rendah, RBS yang mungkin dilalui adalah 107.490, 106,940, dan 106.320. Sebarang pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi lebih cenderung menguji SBR di 108.260, 108.725, dan 109.105. Di D1 harga pasaran USDJPY masih lagi berada di bawah MA8 dan MA21 yang melambangkan momentum jualan yang kuat.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: