Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Minggu lepas BOC telah membuat satu kejutan apabila menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00%. Kejutan yang tida

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/07-07/07/2017

Ulasan Minggu Lalu

Minggu lepas BOC telah membuat satu kejutan apabila menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00%. Kejutan yang tidak dijangka pasaran ini telah menyebabkan Loonie sangat kukuh berbanding Dolar AS. USDCAD bermula dengan Gap di atas Isnin lepas, namun USDCAD menyusut sehingga hari Jumaat sebelum melakukan pembetulan pasaran beberapa jam sebelum pasaran Amerika Utara ditutup Jumaat lepas. Pengukuhan Loonie ini paling banyak dicatatkan selepas BOC memutuskan untuk menaikkan kadar faedah kepada 1.00%. OHLC W1 telah dicatatkan sebagai 1.24226, 1.24249, 1.20605, 1.21568.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 11/09-15/09/2017

Setelah meriah dengan kejutan minggu lepas, minggu hadapan hanya terdapat 2 data berkala makroekonomi daripada Kanada iaitu Housing Starts dan HNPI m/m. Dipercayai minggu hadapan faktor penggerak harga USDCAD turun naik adalah harga minyak mentah dunia. Taufan Irma yang melanda kawasan kepulauan Caribean dan berhampiran Miami dijangka akan memberikan sedikit kesan kepada harga minyak mentah dunia selepas Taufan Harvey membadai Texas 2 minggu lepas.

 

Daripada AS pula, banyak data yang melambangkan perkembangan inflasi semasa AS akan diterbitkan minggu depan. Jika data-data inflasi ini berjaya membawa sentimen positif, sentimen jualan Dolar AS semasa dapat diredakan sedikit dan USDCAD berpeluang melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan adalah PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Unemployment Claims, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Hampir keseluruhan data berkala berimpak tinggi berkisar tentang inflasi secara amnya bagi minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Harus sentiasa diperhatikan harga minyak dunia jika anda peminat setia USDCAD kerana harga minyak dunia banyak mempengaruhi pergerakan USDCAD

 

Teknikal Ringkas 11/09-15/09/2017

Setelah membuat satu Breakout SBR 1.23345, USDCAD terus jatuh mencatat harga terendah baru untuk 2 tahu ke belakang. MACD di D1 ada menunjukkan DIvergence menguatkan andaian minggu hadapan jika ada kenaikan harga USDCAD ia hanyalah bersifat pembetulan pasaran. SBR terhampir adalah di 1.22413, 1.23345, dan 1.24130. MA8 & MA21 di D1 menunjukkan momentum jualan USDCAD adalah kuat dan nyata. Penyusutan seterusnya USDCAD mungkin singgah di RBS 1.21330, 1.20600, dan seterusnya 1.19185

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: