Dolar Amerika Menjunam Di Pasaran Asia.

Dolar Amerika Menjunam Di Pasaran Asia.

Khamis, Dolar AS jatuh pada pasaran Asia, sementara Pound dan Yen terus mengukuh apabila pasaran yakin dengan perancangan Fed untuk tahun mendatang da

Greenback Perlu Cari Jalan Keluar Minggu Ini
Pilihan Raya Presiden Perancis: Apa Perlu Anda Tahu?

Khamis, Dolar AS jatuh pada pasaran Asia, sementara Pound dan Yen terus mengukuh apabila pasaran yakin dengan perancangan Fed untuk tahun mendatang dan harapan yang meningkat bahawa Jay Powell akan menduduki kerusi Pengerusi Fed yang seterusnya yang akan membawa dasar yang sama dengan Pengerusi semasa Janet Yallen.

Matawang USD/JPY menjunam sebanyak 0.20% didagangkan dengan nilai 113.94, AUD/USD meningkat 0.42% mececah harga 0.7709, EUR/USD meningkat 0.32% dengan 1.1656, GBP/USD pula mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan 0.35% dengan harga 1.3291.

Pada perhimpunan Fed semalam, Fed bertindak untuk tidak menukar kadar faedah. Bank itu mengumumkan lonjakan ekonomi semakin kukuh pada perhimpunan dasar dua ( 2 ) hari itu. Sementara itu pakar-pakar ekonomi memberitahu bahawa kenyataan Fed itu menunjukan bahawa kenaikan kadar pada bulan hadapan semakin nyata.

Indeks Dolar AS yang dibandingkan dengan enam ( 6 ) matawang utama lain mengalami penurunan kritikal dengan kejatuhan 0.29% dengan nilai 94.43.

Pada bulan Oktober, sektor swasta di Amerika menghasilkan sehingga 235.000 peluang pekerjaan.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: