Data & Trend Risiko Terus Menjadi Perhatian Pelabur EUR

Data & Trend Risiko Terus Menjadi Perhatian Pelabur EUR

Data-data terkini daripada Zon Eropah dan Jerman telah memusnahkan idea bahawa ekonomi mereka sedang dalam proses pemulihan, mengalihkan perhatian pa

CPI Kanada Dan Jualan Runcit
Preview News Penting Bagi EUR, GBP & USD: 14/12/2017

Data-data terkini daripada Zon Eropah dan Jerman telah memusnahkan idea bahawa ekonomi mereka sedang dalam proses pemulihan, mengalihkan perhatian pasaran kepada tempoh untuk Eropah kekal dalam keadaan tersebut.

Pandangan di atas turut diperkuatkan oleh laporan minit mesyuarat ECB yang terkini apabila pembuat dasar kurang yakin dengan peningkatan aktiviti ekonomi pada pertengahan tahun kedua 2019.

Oleh itu, pendirian neutral/dovish ECB dijangka akan kekal sehingga pertengahan tahun pertama 2020.

Trend keinginan risiko serta dinamik pergerakan dollar dilihat masih membentuk sentimen terhadap matawang tunggal EUR.

Selain kebimbangan terhadap isu perdagangan dan potensi penetapan tarif AS ke atas barangan EU, isu fiskal turut menjadi perhatian berikutan ketidaktentuan politik di Itali telah menjadi punca kepada ketidakstabilan.

EUR/USD masih didagang pada julat yang hampir sama dan penemuan support harian sekitar paras 1.1175 telah mendorong pasangan matawang ini naik menguji resistance utama pada zon 1.1200.

Secara teknikal, breakout pada harga 1.1215 (R1) berpotensi menolak EUR/USD naik ke paras 1.1235 (R2), kemudian ke paras 1.1265 (R3).

Sementara itu zon support utama pula berada pada paras 1.1145 (S1), 1.1105 (S2) dan 1.0905 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: