Data Keyakinan Pengguna Bakal Menentukan Pergerakan USD

Data Keyakinan Pengguna Bakal Menentukan Pergerakan USD

Dollar jatuh pada hari Khamis lalu dan pound berjaya mengurangkan kerugian berbanding dollar selepas GBP/USD turun lebih 100 pips daripada paras terti

Pasaran Minyak Masih Berisiko Untuk Harga Yang Lebih Rendah
Preview News Penting Buat USD & CAD: 04/10/2018

Dollar jatuh pada hari Khamis lalu dan pound berjaya mengurangkan kerugian berbanding dollar selepas GBP/USD turun lebih 100 pips daripada paras tertinggi akibat keputusan BoE mengekalkan kadar faedah mereka, menafikan ramalan pelabur yang menjangkakan rate hike akan diumumkan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain kini masih stabil di paras 92.54, susut 0.03% setakat jam 5.25 petang.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada dua data terakhir yang akan menutup tirai laporan ekonomi AS minggu ini.

Data keyakinan pengguna dan ucapan Preisden Fed St. Louis James Bullard akan diteliti selepas AS memaparkan data jualan borong dan inflasi pengguna yang lemah.

James Bullard dijadualkan berucap pada jam 8.30 malam. Sebagai wakil Fed yang tidak mengundi dalam mesyuarat FOMC, pandangan beliau tetap akan diteliti selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah dan mengeluarkan kenyataan yang lebih hawkish tentang pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Tekanan inflasi kini dilihat bergerak lebih perlahan, namun hanya memberi impak yang kecil kepada jangkaan rate hike pada bulan Jun hadapan, di mana peratusan ramalan masih kekal 100%.

Bacaan awal indeks keyakinan pengguna Universiti Michigan bagi bulan Mei akan dikeluarkan pada jam 10 malam dengan jangkaan sentimen kekal di bawah 100.0 mata, berada pada paras yang lebih rendah berbanding bulan April sekitar 98.5

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: