Data Ekonomi Hari Ini: Pedagang Dalam Mood Tunggu Dan Lihat

Data Ekonomi Hari Ini: Pedagang Dalam Mood Tunggu Dan Lihat

Selepas semua data ekonomi berkala hari ini dikeluarkan, pedagang masih dalam situasi tunggu dan lihat mungkin sehingga data pekerjaan bukan pertanian

Tanpa ‘Retracement’ Sejak 7 Hari Lalu, $1.45 Kini Jadi Sasaran GBP/USD
Trade War: China Tak Perlu Bertahan, Malah Mampu Menyerang Dengan Lebih Sistematik

Selepas semua data ekonomi berkala hari ini dikeluarkan, pedagang masih dalam situasi tunggu dan lihat mungkin sehingga data pekerjaan bukan pertanian dikeluarkan Jumaat ini. Data pekerjaan bukan pertanian atau NFP akan dikeluarkan secara berkala setiap Jumaat pertama setiap bulan

 

Dolar Amerika didagangkan dalam julat yang agak ketat berbanding Euro iaitu sekitar 40 pips dengan harga tertinggi 1.11613 dan harga terendah harian 1.11224 sehingga ulasan pasaran ini ditulis. Data ADP NFP menunjukkan nilai 177K berbanding jangkaan pakar 174K dan data terdahulu 194K pertambahan pekerjaan kecuali sektor pertanian dan kerajaan.

 

Data berkala Chicago PMI yang diterbitkan hari ini pula menunjukkan angka 51.5, tersasar sedikit daripada jangkaan pakar 54.1 dan data terdahulu 55.8. Nilai melebihi 50 menunjukkan perkembangan positif, manakala bawah 50 menunjukkan susutan.

 

Satu lagi data berkala yang dikeluarkan hari ini Pending Home Sales m/m. Data ini merupakan data berimpak sederhana. Data ini juga menunjukkan situasi ekonomi US yang lebih baik. 1.3% merupakan keputusan sebenar daripada jangkaan 0.7%.

 

Secara amnya data ekonomi daripada Negara Uncle Sam hari ini agak baik, namun momentum kekuatan USD agak terbatas. Ini mungkin disebabkan para pedagang masih dalam mood tunggu dan lihat sehingga NFP jumaat nanti.

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: