Data China Yang Lebih Baik Mengukuhkan Sentimen Risiko & Menekan Permintaan Emas

Data China Yang Lebih Baik Mengukuhkan Sentimen Risiko & Menekan Permintaan Emas

Pendakian harga emas melepasi paras $1,470 telah memicu tekanan penjualan yang baru pada pembukaan pasaran minggu ini. Pasaran emas turut meneru

3 Sebab EUR/USD Jatuh 700 Pips Ke Paras Terendah 6 Bulan Lalu
Menarik Minat Safe-Haven Pudar, Emas Bergerak Turun

Pendakian harga emas melepasi paras $1,470 telah memicu tekanan penjualan yang baru pada pembukaan pasaran minggu ini.

Pasaran emas turut meneruskan penyusutan intraday pada sesi dagangan Eropah dan kini masih didagang berhampiran paras terendah harian.

Sehingga jam 6.55 petang, kontrak emas di Comex NYMEX didagang sekitar $1,462.25 per auns, susut lebih $10 atau 0.70%.

Caixin China pada sesi Asia yang lalu telah mengejutkan pasaran apabila memaparkan pertumbuhan aktiviti sektor pembuatan yang lebih baik pada bulan November, sekali gus mengukuhkan sentimen risiko global dan melemahkan permintaan safe haven emas.

Malah, data tersebut turut selari dengan lonjakan bacaan indeks PMI rasmi yang dikeluarkan oleh China pada minggu lalu di mana berjaya keluar daripada pengucupan buat pertama kali sejak bulan Mei yang lalu.

Mood risk-on kemudiannya dikuatkan lagi dengan peningkatan lebih 4% hasil bon AS yang mana menjadi punca mendorong para pelabur untuk melepaskan pegangan logam berharga emas.

Sementara ketidaktentuan isu perjanjian fasa pertama AS dan China selepas Trump menyuarakan sokongan ke atas penunjuk perasaan di Hong Kong dilihat berjaya menghadkan penurunan.

Selain perkembangan isu perdagangan, fokus pelabur kini tertumpu kepada data PMI pembuatan AS yang terbaru yang akan dikeluarkan oleh ISM pada jam 11 malam bagi mencari peluang dagangan di awal sesi pasaran Amerika Utara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: