Data China & Jerman Tingkatkan Potensi Kemelesetan Ekonomi Global

Data China & Jerman Tingkatkan Potensi Kemelesetan Ekonomi Global

Kadar pengeluaran industri China pada bulan Julai jatuh ke paras 17-tahun yang lalu, menjadi pentanda bahawa konflik AS dan China sedang dalam proses

Preview NFP: 3 Situasi Yang Mungkin Berlaku Kepada USD
Drone : Hubungan AS dan China Semakin Tegang, Dollar Sedikit Melemah

Kadar pengeluaran industri China pada bulan Julai jatuh ke paras 17-tahun yang lalu, menjadi pentanda bahawa konflik AS dan China sedang dalam proses menekan aktiviti pemilik ekonomi kedua terbesar dunia tersebut.

Bebanan daripada isu perdagangan ini telah menekan keyakinan pengguna dan para peniaga sehingga jualan runcit bergerak lebih perlahan daripada jangkaan dan penurunan pada pelaburan fixed asset mengisyaratkan bahawa pasaran semakin kehilangan momentum.

Jerman juga tidak memberi sebarang respons yang baik untuk memperbaiki outlook ekonomi selepas hasil eksport membenam pertumbuhan pada suku tahun kedua.

Penurunan -0.1% pada GDP Q2 telah mendoronng penganalisis untuk meletakkan jangkaan akan berlakunya kemelesetan kepada pemilik ekonomi terbesar EU pada Q3 berikutan dihimpit isu tarif dan isu peralihan UK yang telah membenam sektor pembuatan mereka.

Laporan CPI AS yang lebih baik telah memulihkan saham Wall Street pada hari Selasa yang lalu, diikuti pengumuman oleh Washington mengatakan bahawa mereka boleh untuk menangguh sebahagian penguatkuasasan tarif import China daripada 1 September kepada 15 Disember.

Keghairahan untuk membeli aset-aset berisiko walau bagaimanapun semakin pudar pada sesi Eropah hari Rabu dan futures AS juga menunjukkan pembukaan harga yang lebih rendah, mengisyaratkan bahawa penangguhan tarif tersebut tidak memberi resolusi yang bermakna dalam menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: