China Bakal Memberhentikan Pembelian Minyak Iran

China Bakal Memberhentikan Pembelian Minyak Iran

China melalui syarikat-syarikat minyaknya telah mengarahkan pemberhentian sebahagian perdagangan minyak dengan Iran dalam usaha untuk 'mengambil hati'

Isu Pengeluaran Minyak US Punca Kejatuhan Harga WTI & Brent
Pasaran Minyak Kukuh, OPEC Optimis Dengan Permintaan Global

China melalui syarikat-syarikat minyaknya telah mengarahkan pemberhentian sebahagian perdagangan minyak dengan Iran dalam usaha untuk ‘mengambil hati’ Washington, apabila AS akan mengurangkan jualan eksport Iran kepada kosong dan memulaukan negara Republik Islam itu.

China National Petroleum Corp dan Sinopec turut diarahkan oleh negara tembok besar itu untuk tidak membeli minyak dari Iran kerana sekatan yang bakal dikenakan ke atas Iran oleh AS akan bermula pada awal bulan depan iaitu 4 November 2018.

Harga minyak mentah melonjak semalam setelah OPEC memberi isyarat bahawa mereka mungkin akan kembali mengurangkan pengeluaran minyak dalam masa beberapa bulan. Namun begitu pengeluaran minyak AS dilihat semakin meningkat sekaligus membawa harga minyak meneruskan kejatuhannya pada hari ini setelah Arab Saudi mempertingkatkan pengeluaran mereka untuk menampung pengurangan bekalan selepas sekatan ke atas Iran dan OPEC nanti.

Sekatan ke atas Iran dijangka mampu untuk melonjakkan kembali harga minyak, apabila hampir 1 juta tong eksport minyak Iran dikeluarkan daripada pasaran antarabangsa. Kejatuhan ekonomi dan pengeluaran minyak Venezuela turut bakal menjadi ancaman kepada bekalan minyak dunia.

Kejatuhan harga minyak di bawah paras $70 setong akan menjadikan harga komoditi terpenting dunia ini kembali tidak seimbang. Harga minyak mampu untuk kekal berada di paras $75 – $90 setong menjelang awal tahun 2019.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: