China & AS Bersetuju Memansuhkan Penambahan Tarif-tarif Lama Secara Berkala

China & AS Bersetuju Memansuhkan Penambahan Tarif-tarif Lama Secara Berkala

Kementerian Perdagangan China pada hari menyebut bahawa mereka dan AS telah bersetuju untuk memadam semua tarif yang telah dikuatkuasakan sejak konfl

Pelabur Emas Menantikan Keputusan ‘Midterm Election’ AS Sebelum Membuat Sebarang Kejutan
Risiko Hasil Bon AS Mengurangkan Permintaan Dollar

Kementerian Perdagangan China pada hari menyebut bahawa mereka dan AS telah bersetuju untuk memadam semua tarif yang telah dikuatkuasakan sejak konflik perdagangan tercetus, namun belum memperincikan jangka waktu untuk melaksanakannya.

Perjanjian perdagangan bersejarah yang akan ditandatangani pada bulan ini dijangka akan memasukkan syarat supaya AS menghentikan penetapan tarif baru ke atas barangan import China bernilai $156 billion yang dijadualkan pada 15 Disember hadapan.

Pemansuhan tarif merupakan syarat paling penting dalam perjanjian, kata jurucakap kementeria Gao Feng disamping menjelaskan kedua-dua belah pihak perlu memansuhkan sebahagian daripadanya pada waktu yang sama.

Jelas Gao dalam sidang media, “Perang perdagangan dimulakan dengan tarif, dan perlu ditamatkan dengan memotong semula tarif tersebut”.

“Sejak dua minggu yang lalu, ketua perunding bagi kedua-dua belah pihak telah mengadakan satu perbincangan yang serius dan konstruktif bagi menyelesaikan beberapa isu teras dengan sewajarnya. Kedua-dua negara bersetuju untuk memansuhkan penambahan tarif pada fasa yang berbeza” tambah Gao.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: