CAD Bangkit Dengan Pemulihan 4.4% Harga Minyak

CAD Bangkit Dengan Pemulihan 4.4% Harga Minyak

Dollar Kanada (CAD) didagang tinggi untuk dua sesi berturut-turut berbanding dollar dengan pemulihan 4.4% harga minyak. AS-China selepas pertemuan

Dollar Terus Mendatar Menjelang Undian ‘Pelan B’ Brexit PM May Pada Hari Ini
EUR/USD Jatuh Ke Zon Bearish Walaupun PMI Zon Eropah Positif

Dollar Kanada (CAD) didagang tinggi untuk dua sesi berturut-turut berbanding dollar dengan pemulihan 4.4% harga minyak.

AS-China selepas pertemuan G20 yang lalu telah mengumum untuk menangguhkan sebarang perlaksanaan tarif yang baru dalam tempoh 90 hari.

Keputusan ini turut memberi laluan untuk kedua-dua negara mengadakan beberapa siri rundingan bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Selain itu, keputusan tersebut turut memulihkan sentimen risiko pasaran dengan saham ekuiti dan komoditi seperti minyak melonjak dua hari berturut-turut.

Namun begitu, menjelang pertemuan OPEC dan Rusia di Vienna pada 6 Disember, Qatar sebagai pengeluar kecil di dalam OPEC mengumumkan penarikan diri untuk keluar daripada organisasi.

Pengumuman tersebut menimbulkan sedikit kebimbangan, akan tetapi optimis pelabur terhadap permintaan dan peningkatan aktiviti perdagangan global berjaya mengalihkan perhatian pasaran daripada isu tersebut.

OPEC dijangka membentuk satu perjanjian had pengeluaran yang baru pada pertemuan kali ini sebagai satu usaha membantu mengekang kerugian hampir 20% pasaran minyak sepanjang dua bulan yang lalu.

Bearish USD/CAD menghampiri paras terendah 2 minggu lalu, didagang sekitar 1.3171, susut 0.20% setakat jam 6.50 petang.

Momentum ini dijangka akan terus menarik pasangan matawang USD/CAD jatuh ke paras yang lebih rendah menjelang keputusan Bank Pusat Kanada (BoC) yang akan diterbitkan pada hari Rabu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: