Bullish Emas Diteruskan Pada Minggu Terakhir Tahun 2017

Bullish Emas Diteruskan Pada Minggu Terakhir Tahun 2017

Harga emas meningkat dengan sederhana pada minggu ini, meneruskan pendakian sejak tiga minggu yang lalu. Niaga Hadapan emas bagi bulan Februari di Com

Reaksi Bisu Walaupun Penambahan Tarif Dikuatkuasakan, Ini Sebabnya!
Pra RBA Esok, AUD Mulakan Bulan Baru Dengan Kaki Kiri

Harga emas meningkat dengan sederhana pada minggu ini, meneruskan pendakian sejak tiga minggu yang lalu. Niaga Hadapan emas bagi bulan Februari di Comex NYMEX naik $9.10 pada hari Selasa dan harga kekal sekitara paras $1,288.10 per auns pada jam 9.20 malam.

Peningkatan pasaran emas sejak tiga minggu lepas didorong oleh kelemahan US dolar yang berterusan berikutan data-data ekonomi utama yang kurang memberansangkan serta jumlah dagangan yang semakin kecil menjelang tahun baru 2018.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain teruskan penyusutan, jatuh -0.25% ke paras 92.61

Bullish emas diteruskan pada minggu ini dengan U.S. Commodity Futures Trading Commission (CFTC) pada Jumaat lalu melaporkan bahawa pengurus kewangan dan dana hedge meningkatan posisi ‘long’ emas mereka pada minggu lepas kepada 113,800, meningkat 6,700 atau 6.3%, keluar daripada paras terendah 20 minggu yang lalu.

Dengan harga emas tutup di atas Moving Average (MA) 200 hari, menjadi petunjuk kepada penerusan momentum bullish.

Walau bagaimanapun, Goldman Sachs memberi amaran bahawa mereka menjangkakan harga emas bakal menyusut ke paras $1,200 per auns pada pertengahan tahun 2018 didorong kebimbangan pasaran terhadap ekonomi semakin reda, namun melihat peningkatan sehingga $1,375 pada akhir tahun 2020 didorong oleh permintaan pasaran negara membangun yang semakin meningkat tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: