Bullish Dollar Menantikan Laporan NFP Sebelum Membuat Sebarang Lonjakan Yang Bermakna

Bullish Dollar Menantikan Laporan NFP Sebelum Membuat Sebarang Lonjakan Yang Bermakna

Kerugian hampir 800 mata saham Dow 30 pada hari Rabu merekodkan kejatuhan paling besar dalam tempoh dua bulan yang lalu, sekali gus meningkatkan alira

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 17/1/2018
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 01/05-05/05/2017

Kerugian hampir 800 mata saham Dow 30 pada hari Rabu merekodkan kejatuhan paling besar dalam tempoh dua bulan yang lalu, sekali gus meningkatkan aliran masuk ke dalam safe haven termasuk dollar.

Aktiviti sektor pembuatan dan laporan Beige Book AS yang lebih baik turut menjadi penyokong tambahan kepada pengukuhan dollar semalam.

Menurut Fed, ekonomi masih dalam keadaan yang baik dan kebanyakkan kawasan berkembang pada kadar yang sederhana.

Harga meningkat, pasaran buruh juga semakin memenuhi ekonomi dan pertumbuhan pendapatan dilihat terus naik pada kadar yang sederhana.

Perubahan sentimen risiko pelabur terhadap potensi berlakunya perkara terburuk ke atas pasaran saham telah meningkatkan permintaan yen sebagai alternatif safe haven selain dollar, namun USD masih stabil berbanding matawang utama yang lain.

Indeks dollar yang bertahan di garisan 97 sehingga jam 1 petang memberi isyarat bahawa kebanyakkan pelabur sedang menantikan laporan NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat esok dengan harapan angka yang positif dapat terus mendorong peningkatan dollar.

Sektor pekerjaan merupakan sumber paling penting kepada ekonomi selain turut membentuk optimis bank pusat.

Oleh itu, pasaran mengharapkan data NFP pada hari esok dapat menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang lebih kukuh bagi menarik lebih banyak pembeli-pembeli dollar.

Namun begitu, kenaikan dollar tetap dilihat terhad walaupun data-data ekonomi AS pada hari ini lebih baik daripada jangkaan berikutan penurunan besar hasil bon 10-tahun AS.

Pergerakan tersebut mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap tekanan harga yang rendah, pertumbuhan ekonomi global dan juga panduan dovish daripada Fed dengan kemungkinnan ditangguhkan kitaran pengetatan pada tahun hadapan.

Kesemua kelemahan diatas adalah perkara yang tidak dapat dinafikan oleh Fed. Jika hasil bon kekal di bawah tekanan, momentum bullish dollar akan terhalang daripada membuat sebarang lonjakan yang bermakna dan sell-off dollar akan berterusan sekiranya data NFP pada hari esok merosot lebih rendah berbanding ramalan.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: