Brent Dijangka Meningkat Keparas $100 Setong.

Brent Dijangka Meningkat Keparas $100 Setong.

    Isnin, harga minyak mentah dunia melonjak hampir 2 peratus pada dagangan sesi awal hari ini selepas pasaran minyak mentah menjadi

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 07/05-11/05/2018
EUR Selamat, Trump Dijangka Menangguhkan Tarif Auto Selama Enam Bulan

 

 

Isnin, harga minyak mentah dunia melonjak hampir 2 peratus pada dagangan sesi awal hari ini selepas pasaran minyak mentah menjadi ketat lebih awal dari sekatan terbaru Washington keatas Iran. Peningkatan tersebut juga disebabkan oleh beberapa pelabur mengjangkakan bahawa harga minyak mentah bakal melonjak ke paras $100 setong.

Pada jam 0642GMT, niagaan hadapan minyak mentah Brent melonjak ke paras tertinggi yang tercacat sejak bulan Mei yang lalu dengan perningkatan sebanyak $1.57 atau 2% untuk didagangkan pada harga $80.37 setong.

Manakala untuk West Texas Intermediate ( WTI ) pula mencatatkan perningkatan 1.8% bersamaan dengan $1.28 untuk didagangkan pada harga $72.06

Di tengah-tengah pasaran yang semakin mengecil, simpanan minyak mentah komersil Amerika Syarikat berada di tahap terendah yang pernah dicatatkan pada tahun 2015. Sementara itu pula pengeluaran Amerika Syarikat kekal pada rekod sekitar 11 juta tong sehari akan tetapi aktiviti pengerudian di Amerika Syarikat menunjukkan penurunan pada baru-baru ini.

Pedagang komoniti Trafigura dan Mercuria pada hari ini berkata selepas perlaksanaan sekatan Amerika Syarikat keatas Iran pada bulan November nanti, harga minyak mentah Brent boleh meningkat kepada $90 menjelang perayaan Krismas dan melepasi $100 pada awal tahun 2019.

Sekatan terbabit bakal menyebabkan pasaran bakal kehilangan sehingga 2juta tong sehari dari pasaran menurut kenyataan dari Mercuria , manakala J.P Morgan pula menjangkakan penurunan sehingga 1.5 juta tong sehari.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: