Brent Dijangka Melonjak Ke Paras $100 Setong Menjelang Sekatan Keatas Iran

Brent Dijangka Melonjak Ke Paras $100 Setong Menjelang Sekatan Keatas Iran

Isnin, menjelang sekatan yang bakal dilaksanakan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran yang juga pengeluar ketiga terbesar didalam Pertubuhan Negara-Neg

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 17/1/2018
Inflasi UK Perlahan Untuk Pertama Kali Dalam Tempoh 6 Bulan

Isnin, menjelang sekatan yang bakal dilaksanakan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran yang juga pengeluar ketiga terbesar didalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) bulan hadapan, harga minyak mentah dunia meningkat ke paras tertinggi yang pernah dicatatkan pada November 2014 pada awal dagangan hari ini.

Pada jam 0335 GMT , niagaan hadapan minyak mentah Brent mencatatkan perningkatan 0.4% bersamaan 35sen dari harga penutupan minggu lalu dan didagangkan pada harga $83.32

Manakala niagaan hadapan West Texas Intermediate ( WTI ) pula mencatatkan perningkatan 0.3% atau 19sen untuk didagangkan pada harga $73.44 setong.

Perningkatan harga WTI disokong oleh laporan yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu yang menunjukkan jumlah pelantar aktif di Amerika Syarikat berkurangan sekaligus membayangkan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat bakal mencatatkan penurunan selepas berjaya mencatatkan pengeluaran yang mampu menyaingi pengeluar utama dunia seperti Rusia dan Arab Saudi.

Sekatan yang bakal menyasarkan sektor minyak Iran yang bakal dikenakan pada 4 November dijangka akan terus mendorong harga minyak mentah Brent.

Bank ANZ menjangkkan bahawa harga minyak mentah dijangka akan meningkat sehingga ke paras $100 setong menjelang perlaksanaan sekatan tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: