BOJ Menutup Tirai Dasar Kewangan 2017 Tanpa Sebarang Perubahan

BOJ Menutup Tirai Dasar Kewangan 2017 Tanpa Sebarang Perubahan

Bank Pusat Jepun (BOJ) mengekalkan dasar kewangan mereka pada hari Khamis dengan gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi

Pendakian 4 Hari Berturut-turut EUR/USD Lepasi Harga $1.1500
NFP: Unjuran Mengikut Data Secara Kolektif

Bank Pusat Jepun (BOJ) mengekalkan dasar kewangan mereka pada hari Khamis dengan gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi sahaja tidak akan menyebabkan pengurangan terhadap ransangan, meyakinkan pasaran bahawa mereka akan terus kekal berada di belakang berbanding pasaran antarabangsa yang lain dalam mengakhiri krisis pengetatan dasar.

BOJ mengekalkan kadar faedah jangka masa pendek di paras -0.10% dengan undian 8 berbalas 1. Manakala hasil bon 10-tahun Jepun pula kekal di paras 0%, menutup tirai tahun 2017 tanpa sebarang perubahan terhadap dasar kewangan mereka.

Dalam sidang media selepas penetapan dasar diumumkan, Kuroda berakta, “Matlamat paling utama kami ketika ini adalah untuk mencapai sasaran inflasi 2% seawal yang mungkin. Kami tidak akan menaikkan kadar faedah semata-mata kerana ekonomi sedang berkembang”.

Yen stabil tanpa sebarang reaksi yang besar terhadap ulasan tersebut dengan USD/JPY naik 0.14% kepada 113.56. Berikut merupakan perubahan Yen berbanding matawang utama yang lain setakat jam 8.30 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: