BOJ Kekalkan Dasar Kewangan, Yen Menyusut

BOJ Kekalkan Dasar Kewangan, Yen Menyusut

Bank of Japan (BOJ) mengekalkan dasar kewangan negara matahari terbit itu pada paras -0.1% dan pada masa yang sama turut terus menetapkan sasaran pula

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017
USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017

Bank of Japan (BOJ) mengekalkan dasar kewangan negara matahari terbit itu pada paras -0.1% dan pada masa yang sama turut terus menetapkan sasaran pulangan bagi Japanese Government Bond (JGB) bagi tempoh 10 tahun pada kadar 0.0%.

BOJ dalam undian yang dijalankan pada pengakhiran mesyuarat dasar kewangan mereka yang berlangsung selama 2 hari itu, bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah mereka terus berada di kawasan negatif dengan berpihak kepada 8-1 undian. BOJ akan turut meneruskan program pembelian JGB sebanyak 80 trilion Yen setahun.

Bank pusat Jepun itu turut tidak melakukan sebarang perubahan terhadap pandangan hadapan ekonomi mereka dengan mengambil pendekatan pada bulan Julai lalu untuk mengekalkan kadar faedah rendah bagi tempoh waktu yang lebih panjang.

Gabenor BOJ, Kuroda akan berucap dalam tempoh beberapa minit lagi dan pada ketika ini Yen kelihatan sedikit berundur. Yen mungkin akan melakukan pergerakan yang lebih agresif selepas ucapan Kuroda nanti dan jika sebarang ‘input’ negatif keluar dari kenyataan Kuroda nanti, Yen pasti akan terus dijual.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: