BoE Berhadapan Laluan Berliku Untuk Mengetatkan Polisi Pada Tahun 2019

BoE Berhadapan Laluan Berliku Untuk Mengetatkan Polisi Pada Tahun 2019

Pasaran kewangan tidak lagi melihat Bank Pusat England (BoE) akan menaikkan kadar faedah pada tahun 2019 selepas Dominic Raab meletakkan jawatan sebag

Dollar Menjunam, Kelemahan CPI Tingkatkan Potensi Rate Cut Sementara Pound Meroket Dengan Harapan Terbaru Brexit
USDJPY Melemah Disebabkan mulanya Pembaikan Aset Berisiko di Waktu Asia

Pasaran kewangan tidak lagi melihat Bank Pusat England (BoE) akan menaikkan kadar faedah pada tahun 2019 selepas Dominic Raab meletakkan jawatan sebagai Menteri Brexit Britian.

Tindakan Raab telah mendorong para pelabur untuk menjual pound mereka yang sebelum ini bertahan dengan jangkaan pengetatan dasar BoE pada tahun hadapan.

Pasaran sebelum ini menjangkakan satu kali rate hike akan diumumkan sebelum Disember tahun 2019, namun peratusan jangkaan peningkatan 25 mata asas kadar faedah BoE kini berpindah kepada tahun 2020.

Keputusan Raab untuk meletakkan jawatan adalah sebagai tanda protes ke atas perjanjian Brexit yang dirancang oleh Perdana Menteri UK Theresa May.

Kesukaran May mendapatkan sokongan telah meningkatan potensi untuk berlakunya ‘no-deal’ dan sekali lagi menghumban May ke dalam krisis politik yang berpotensi menamatkan karier beliau sebagai ketua negara.

Seperti yang diketahui umum, keluarnya beberapa menteri kanan daripada pentadbiran May telah menyebabkan pound sterling (GBP) dan hasil bon kerajaan UK jatuh mendadak pada hari Khamis yang lalu.

GBP/USD didagang sekitar 1.2786, kekal berhampiran zon terendah 17 bulan yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: