BOC Bakal Naikkan Kadar Faedah

BOC Bakal Naikkan Kadar Faedah

Dolar Kanada jatuh pada minggu lepas akibat daripada terbitan data yang lemah setelah Indeks Harga Pengguna (bulanan) dan Jualan Runcit Asas (bulanan)

Malam Penting Bagi CAD, BOC Sedang Memerhati!
Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Dolar Kanada jatuh pada minggu lepas akibat daripada terbitan data yang lemah setelah Indeks Harga Pengguna (bulanan) dan Jualan Runcit Asas (bulanan) berada pada kawasan negatif bagi bulan September 2018. Masing-masing merekodkan kejatuhan kepada paras -0.4% sekaligus membenam CAD pada penutup sesi dagangan minggu ke-3 bagi bulan Oktober.

Kemerosotan data CPI dan Jualan Runcit pada minggu lepas mungkin akan memberi sedikit gangguan kepada BOC untuk menaikkan kadar faedah. Jualan Runcit dan Indeks Harga Pengguna Asas (tahunan) masing-masing merosot sebanyak 0.3% . Malam nanti, data Jualan Borong (bulanan) akan diterbitkan dan dijangkakan menyusut sebanyak 1%.

Bank of Canada (BOC) bakal mengumumkan kadar faedah mereka pada minggu ini. BOC dijangkakan akan menaikkan kadar faedah mereka sebanyak suku mata atau 25 mata asas kepada 1.75% pada Rabu jam 10 malam, menandakan kenaikan kali ke-3 pada tahun 2018. Dengan Kanada akan menyertai USMCA yang menggantikan NAFTA, BOC dilihat bakal menaikkan kadar faedah 3 kali pada tahun 2019!

Penyata dan laporan BOC yang akan diterbitkan pada masa yang sama, sudah pasti akan menjadi tumpuan utama untuk melihat pandangan dasar BOC terhadap ekonomi Kanada bagi tahun 2018 yang berbaki beberapa bulan dan juga bagi tahun 2019. BOC masih mempunyai satu lagi kenaikan yang mungkin dilakukan pada Disember tahun ini, apabila satu-satunya halangan iaitu NAFTA sudah pun dibereskan.

Pasangan USDCAD melonjak hampir lebih 200pips pada minggu lepas namun seakan terhalang pada paras ‘resistance’ di harga 1.31252. Pergerakan pasangan ini di dalam “Descending Channel” juga sudahpun ditembusi pada minggu lepas jadi sebarang pergerakan ‘bearish’ buat pasangan ini mungkin hanyalah bersifat sementara ataupun pembetulan pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: