Bitcoin > RM51,000 Seunit, Naik RM12 Ribu Dalam Masa Enam Hari

Bitcoin > RM51,000 Seunit, Naik RM12 Ribu Dalam Masa Enam Hari

Harga Bitcoin kini mencecah $12,000 USD seunit. Tiada kenyataan negatif yang boleh menekan sentimen matawang krypto ketika ini. Berdasarkan indeks

Ulasan Hari Sibuk “Super Thursday” Pound Sterling
Tapering ON Atau OFF, Ucapan ECB Draghi Jadi Tumpuan Malam Ini

Harga Bitcoin kini mencecah $12,000 USD seunit. Tiada kenyataan negatif yang boleh menekan sentimen matawang krypto ketika ini.

Berdasarkan indeks harga Bitcoin CoinDesk, harga matawang krypto terbesar dunia telah didagangkan sekitar pada $12,619, naik hampir 8% pada hari ini.

Rekod peningkatan harga bitcoin didorong oleh penerimaan positif syarikat pelaburan dan sebahagian institusi kewangan besar terhadap penggunaan tekonologi blockchain dalam mengeluarkan matawang krypto.

Hal ini boleh dilihat dengan penawaran kaunter niaga-hadapan yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. CBOE Global telah menyatakan bahawa akan melancarkan penjualan pasaran hadapan bitcoin bermula 10 Disember.

Selain itu, CME turut menawarkan pasaran niaga-hadapan (futures) pada 18 Disember iaitu 12 hari daripada sekarang. Kedua-dua kenyataan ini telah menyebabkan harga Bitcoin melonjak naik hampir $3,000 USD sejak awal minggu lalu.

Namun pembukaan pasaran hadapan dilihat bakal meningkatkan risiko dalam pasaran apabila spekulator mempunyai peluang lebih besar untuk meletakkan posisi short, sekali gus menekan harga jatuh lebih rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: