Bitcoin Mendaki Tanpa Henti, Naik Hampir 1,500% Sejak Januari

Bitcoin Mendaki Tanpa Henti, Naik Hampir 1,500% Sejak Januari

Bitcoin meroket, harga melepasi $15,000 USD dalam tempoh 10 jam selepas naik ke paras $14,000 pada hari Khamis. Lonjakan mendadak pada hari ini ter

Tapering ON Atau OFF, Ucapan ECB Draghi Jadi Tumpuan Malam Ini
Theresa May Mendapat “Lesen Besar” Daripada Parlimen UK Untuk “Memulakan” Brexit

Bitcoin meroket, harga melepasi $15,000 USD dalam tempoh 10 jam selepas naik ke paras $14,000 pada hari Khamis.

Lonjakan mendadak pada hari ini terus menenggelamkan kebimbangan para pelabur terhadap pasaran yang sedang menggelembung, namun masih menjadi persoalan apakah nilai sebenar matawang krypto ini.

Bitcoin didagangkan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, teguh mendaki ke paras tertinggi mencecah $15,058.30. Kini Bitcoin didagang sekitar $14,797.45 berdasarkan harga di coindesk, merekodkan peningkatan sebanyak 7.94% pada hari ini.

Seperti yang diketahui ramai, perbezaan harga bitcoin di setiap platform penukaran adalah besar, namun kebanyakkan telah menunjukkan harga berada di atas $14K USD, menghampiri paras $15K.

Peningkatan harga bitcoin didorong oleh pengumuman CBOE Global apabila mereka menyatakan kesediaan untuk melancarkan niaga-hadapan matawang krypto bermula 10 Disember selepas mendapat kelulusan Commodity Futures Trading Commission.

CME Group juga akan mula memperkenalkan kontrak pasaran hadapan Bitcoin pada 19 Disember. Bitcoin didagang sekitar $1,000 pada awal tahun 2017 dan telah naik hampir 1,500%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: