Bimbang Dengan Masa Depan Kerajaan UK, Pound (GBP) Jatuh Pada Hari Isnin

Bimbang Dengan Masa Depan Kerajaan UK, Pound (GBP) Jatuh Pada Hari Isnin

Pound kembali lemah berbanding matawang utama dunia yang lain didorong oleh ketidaktentuan Brexit selepas Boris Johnson meletak jawatan sebagai Setiau

Mampukah Emas Kekal Bullish?
USD vs Safe Haven, Minggu Hadapan Jadi Penentu

Pound kembali lemah berbanding matawang utama dunia yang lain didorong oleh ketidaktentuan Brexit selepas Boris Johnson meletak jawatan sebagai Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri, mengeluarkan dollar daripada paras terendah 3 minggu lalu.

GBP/USD susut 0.27% kepada 1.3251. Pound juga lemah berbanding EUR dengan EUR/GBP naik 0.32% ke paras 0.8866. Berikut merupakan perubahan pound sterling (GBP) berbanding matawang lain setakat jam 10.39 malam.

Borish Johnson menjadi menteri ketiga yang meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam kerana menolak daripada memberi sokongan terhadap rancangan ‘soft Brexit’ Perdana Menteri UK, Theresa May.

Peletakkan jawatan Johnson meningkatan lagi potensi May untuk dikeluarkan melalui undi tidak percaya, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap masa depan kerajaan UK ketika ini.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kembali pulih, naik daripada 93.51 ke paras 93.76

Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: