Bekalan Minyak Sedikit Bertambah, Harga Pasaran Tidak Berubah

Bekalan Minyak Sedikit Bertambah, Harga Pasaran Tidak Berubah

Harga minyak mentah dunia sejak pada bulan lepas kelihatan seakan sukar untuk terus berada di atas paras $53 setong sehinggalah musim panas hampir ber

Pemotongan Pengeluaran Minyak Bakal Diteruskan 9 Bulan Lagi
Pasaran Minyak Dunia “Tergantung”

Harga minyak mentah dunia sejak pada bulan lepas kelihatan seakan sukar untuk terus berada di atas paras $53 setong sehinggalah musim panas hampir berakhir dan permintaan minyak selalunya akan kembali lemah pada waktu-waktu seperti ini.

Tidak banyak perubahan pada harga minyak mentah sepanjang minggu lepas sehingga semalam, pasaran ditutup Jumaat pada harga sekitar $52.83 dan harga semasa adalah di paras $52.47. Walaupun semalam, data EIA melaporkan terdapat sedikit penambahan bekalan minyak ke dalam pasaran, harga minyak terus melonjak ke paras $52.53

Laluan saliran utama bekalan minyak yang menghubungkan telaga Sharara dan Pelabuhan Zawiya di Libya kini telah dibuka semula untuk membolehkan mereka meningkatkan semula operasi pengeluaran minyak mereka setelah diganggu oleh puak bersenjata awal bulan ini.

Pada masa itu, OPEC pula akan dijadualkan untuk mengadakan mensyuarat Jawatankuasa Pemantauan pada 22 September depan bagi membincangkan prestasi semasa pemotongan bekalan mereka.

Harga jualan minyak petrol RON95 dan RON97 di pam seluruh Malaysia tidak berubah berada pada harga masing-masing RM2.15 & RM2.43 seliter. Harga pasaran berdasarkan MOPS dilihat sedikit menurun berbanding minggu lepas. Kadar tukaran matawang RM berbading Dollar juga sedikit baik apabila pada minggu lepas berada pada paras sekitar 4.2985 dan semalam pada paras 4.2775.

Harga Jualan Runcit Minyak Petrol Berdasarkan MOPS

Harga Pasaran Minyak Mentah (Crude)

Mengikut kiraan kasar, harga minyak petrol RON95 & RON97 seharusnya turun sekitar 4 sen seliter, untuk diberi harga jualan RM2.11 seliter untuk RON95 dan RM2.39 seliter untuk RON97. Kita menghadapai keadaan sukar untuk melihat dan membuat perkiraan harga jualan minyak petrol apabila pada masa ini pergerakan harga jualan runcit dan harga minyak mentah adalah tidak seiringan dan konsisten.

Disamping harga rujukan MOPS, KPDNKK sudah tentu mempunyai mekasnisma mereka sendiri dalam menentukan harga jualan, dan kita berharap perkiraan tersebut disertakan sekali sewaktu pengumuman supaya rakyat mendapatkan informasi yang terus dan telus dari pihak kerajaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: