Bearish EUR/USD Kecundang, Apakah Yang Akan Menyekat Kemaraan EUR?

Bearish EUR/USD Kecundang, Apakah Yang Akan Menyekat Kemaraan EUR?

Euro berjaya memadamkan kerugian berbanding greenback pada minggu Lalu dan pendakian dua hari berturut-turut juga berjaya menamatkan penurunan tiga mi

Preview GDP Jerman: Seller Akan Terus Kuasai EUR/USD?
Dollar Kekalkan Momentum Bullish, Harapan Resolusi Perdagangan Bersama China Tercapai Semakin Meningkat

Euro berjaya memadamkan kerugian berbanding greenback pada minggu Lalu dan pendakian dua hari berturut-turut juga berjaya menamatkan penurunan tiga minggu berturut-turut.

Pemulihan yang didorong oleh kelemahan dollar telah mengeluarkan EUR/USD daripada paras terendah tahunan 1.1300, dan tutup sekitar harga 1.1439, naik 0.25% sepanjang minggu lalu.

Walau bagaimanpun, permintaan euro yang lemah menyebabkan pemulihan ini akan terus diteliti terutamanya dalam keadaan ketakutan dan ketidaktentuan masih menjadi penggerak utama kepada sentimen dan keinginan risiko pelabur.

Dari sudut teknikal, penganalisis daripada Rabobank berkata kegagalan bearsih EUR/USD tembusi harga 1.13 menunjukkan trend menurun melemah.

Namun, mereka mengatakan paras 1.15 masih lagi jauh kerana USD berpotensi untuk mengukuh lebih lama. Oleh itu, peningkatan jangka masa pendek dilihat sebagai peluang untuk ‘sell’ pada harga yang lebih tinggi.

Berbeza dengan kumpulan penganalisis daripada CIBC yang mengatakan jika kembali kepada fundamental, Zon Eropah (EU) sedang berusaha memansuhkan sebarang kelemahan ekonomi yang masih ada.

Dan dengan jangkaan pengumuman rate hike mungkin berlaku lebih awal, keadaan ini akan memberi kekuatan kepada euro.

Kesimpulannya, penutupan EUR/USD di atas 1.1430 membuka peluang kepada ‘buyer’ untuk menguji harga 1.1480. Dan pengukuhan data-data Eropah pada bulan Ogos yang akan diterbitkan pada minggu ini dijangka dapat membawa harga naik ke paras 1.1510.

Namun sekiranya ekonomi Eropah bulan Ogos menunjukkan angka-angka yang lemah, euro akan meneruskan kejatuhan dan support terhampir kini berada di paras 1.1385 (S1), 1.1350 (S2) and 1.1330 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: