‘Bear’ Masih Menguasai GBP/USD Dalam Kesibukan Kalendar Ekonomi Pada Hari Khamis

‘Bear’ Masih Menguasai GBP/USD Dalam Kesibukan Kalendar Ekonomi Pada Hari Khamis

Pound Sterling terus dibawah tekanan dengan GBP/USD kekal didagang pada paras terendah enam bulan yang lepas, didorong oleh kebimbangan terhadap no-d

USD Jatuh Lagi? Ini Sebabnya!
Data & Trend Risiko Terus Menjadi Perhatian Pelabur EUR

Pound Sterling terus dibawah tekanan dengan GBP/USD kekal didagang pada paras terendah enam bulan yang lepas, didorong oleh kebimbangan terhadap no-deal Brexit yang tidak teratur.

GBP/USD didagang sekitar 1.2458, susut -0.06% setakat jam 3.10 petang.

Menteri Kewangan Irish pada hari Selasa yang lalu berkata prospek risiko peralihan Brexit yang tidak seimbang semakin signifikan.

Sentimen pound yang melemah terus ditekan oleh data-data makro yang mengecewakan, mengukuhkan lagi spekulasi bahawa Bank Pusat England (BoE) akan mula bertindak melonggarkan dasar, selari dengan bank-bank pusat yang lain.

Selain itu, pemulihan hasil bon AS yang berterusan turut mengurangkan jangkaan rate cut Fed yang lebih agresif pada akhir bulan ini.

Walau bagaimanapun, keadaan ‘oversold’ dollar dilihat menghadkan kerugian GBP/USD pada hari Rabu menjelang laporan GDP serta output industri dan pembuatan UK pada jam 4.30 petang.

Selain itu, para pelabur juga dilihat dalam keadaan berhati-hati menantikan peluang dagangan yang lebih jelas selepas memperoleh keterangan pertama Jerome Powell di Kongres dan minit mesyuarat FOMC yang terkini pada malam ini.

Secara teknikal, GBP/USD masih dalam bergerak di dalam trend menurun bagi jangka masa pendek dengan support terhampir berada di paras 1.2400 (S1), kemudian di paras 1.2365 (S2) dan 1.2300 (S3).

Sebarang pembetulan akan berhadapan dengan zon supply yang baru di garisan resistance psikologi 1.2500 (R1).

Penembusan harga tersebut berpotensi menolak naik GBP/USD ke paras 1.2540 (R2) dan 1.2600 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: