Bantahan Keras China Ke Atas Penangkapan Meng Wanzhou Mengeruhkan Lagi Sentimen Pasaran

Bantahan Keras China Ke Atas Penangkapan Meng Wanzhou Mengeruhkan Lagi Sentimen Pasaran

Sentimen pasaran masih dalam keadaan tertekan dengan isu penangkapan CFO syarikat gergasi China Huawei Meng Wanzhou oleh Kanada untuk dihantar dan dib

Ketidaksepakatan Pengeluar & Khabar Dari China Menekan Harga Emas Hitam
Greenback Mengukuh, Xi Jinping Sedia Membalas Serangan Trump

Sentimen pasaran masih dalam keadaan tertekan dengan isu penangkapan CFO syarikat gergasi China Huawei Meng Wanzhou oleh Kanada untuk dihantar dan dibicara di AS.

Pada hari Ahad lalu, China memanggil duta AS ke Beijing bagi menyuarakan bantahan yang keras ke atas penangkapan tersebut.

Berkata Timbalan Menteri Luar China Le Yuching kepada duta AS Terru Branstad, “Tindakan AS dengan serius telah melanggar hak rakyat China dan hal ini dilihat terlalu buruk”.

“China akan mengambil tindakan lanjut bergantung kepada apa yang akan dilakukan oleh AS”, tambah Le.

Meng Wanzhou yang merupakan anak kepada pengasas Huawei berhadapan dakwaan daripada AS bahawa beliau telah mengelirukan beberapa bank multinasional bagi operais syarikat yang diuruskan oleh Huawei yang berpangkalan di Iran.

Isu peningkapan ini dilihat akan menjadi batu penghalang kepada AS-China bagi menyelesaikan konflik perdagangan mereka dalam tempoh 90 hari sejak persidangan G20 yang lalu.

Berdasarkan pergerakan semasa pasaran hadapan (futures) saham AS, Wall Street dijangka akan dibuka rendah pada hari Isnin.

Sehingga jam 7.40 malam, futures blue-chip Dow dan futures S&P 500 menyusut 0.3%. Sementara futures Nasdaq (saham teknologi) menunjukkan penurunan sebanyak 0.23%

Penurunan pada pra pasaran berlaku selepas saham Wall Street mencatat prestasi minggu terburuk sejak bulan Mac pada minggu yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: