Bank-Bank Utama China Menghentikan Perkhidmatan Untuk Korea Utara

Empat bank utama milik China telah menghentikan perkhidmatan kewangan kepada pelangan baru dari Korea Utara, di tengah-tengah kebimbangan Amerika

Analisa Teori ‪#‎ElliottWave‬ Terkini ‪#‎GBPUSD‬
25/7/2017 Analisa EURGBP H1

Empat bank utama milik China telah menghentikan perkhidmatan kewangan kepada pelangan baru dari Korea Utara, di tengah-tengah kebimbangan Amerika Syarikat tentang Beijing yang tidak tegas di dalam isu ujian nuklear Pyongyang baru-baru ini.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara semakin meruncing selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear ke-6 dan terkuat pada 3 September yang menyebabkan kesatuan UN  ( United Nation ) mengenakan sekatan baru pada hari Selasa terhadap negara itu.

Institusi-institusi kewangan China dikritik teruk diatas peranan mereka sebagai medium pengaliran keluar dan masuk dana dari Korea Utara.

Menurut dari beberapa sumber , Bank Pembangunan China mempunyai hubungan perniagaan yang dilarang Bersama Korea Utara walaupun Larangan tersebut telah dikuat kuasakan secara rasmi pada 28 Ogos.

Terkilan dengan usaha sambil lewa China dalam menangani isu Korea Utara, pentadbiran trump sedang mempertimbangkan sekatan baru terhadap institusi kecil-kecilan kewangan China begitu juga terhadap syarikat-syarikat lain yang berdagang dengan Korea Utara, seperti yang didedahkan oleh dua pegawai kanan Amerika Syarikat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: